ASAL USUL DAERAH KUALA LIPIS

  

Terletak pada pertemuan Sungai Lipis dan Sungai Jelai, Kuala Lipis mempunyai latar belakang sejarah yang boleh dibanggakan kerana ia adalah di antara tempat yang mula-mula didiami orang di Negeri Pahang Darul Makmur. Sebelum kedatangan orang Inggeris dalam tahun 1887, Kuala Lipis telah menjadi Pusat Perdagangan bagi emas, jelutung dan lain-lain hasil daripada hutan di sekitarnya. Orang Inggeris menjadikan Kuala Lipis Ibu Negeri Pahang Darul Makmur pada penghujung bulan jun 1898 menggantikan Pekan.

Pada 27 Ogos 1955, Ibu Negeri Pahang Darul Makmur dipindahkan ke Kuantan. Sebagai sebuah Bandar yang utama pada masa itu, orang Inggeris memulakan sekolah Inggeris dalam tahun 1913 dikenali dengan nama Sekolah Anglo Chinese. Pada tahun 1929 nama Sekolah Anglo Chinese ditukar kepada Sekolah Clifford sehingga ke hari ini sekolah ini menjadi sebuah insitusi pelajaran yang penting di Negeri Pahang Darul Makmur. Sekolah ini mendapat namanya daripada Sir Hugh Clifford, Residen British yang kedua di Negeri Pahang Darul Makmur yang tinggal di Kuala Lipis (Rumah Rehat Bukit Residen sekarang ini).

Perkhidmatan keretapi di Kuala Lipis bermula dalam tahun 1924 menyambungkan Kuala Lipis ke Johor Bahru di sebelah selatan dan Cegar Perah, kemudian perkhidmatan keretapi daripada Kuala Lipis disambung ke Tumpat Kelantan di sebelah utara.

Sumber : Pejabat Daerah dan Tanah Lipis

ASAL USUL KAMPUNG RTP SUNGAI ULAR

RTP Sg Ular menurut kisah sejarah orang Asli dahulu, kawasan RTP Sungai Ular yang telah dibuka menjadi ladang kelapa sawit asalnya dipanggil Lembah Kemai kerana kawasan di situ berkeadaan seperti lembah. Tetapi tidaklah dapat diketahui bagaimana namanya diberi. Kisah yang kedua pula, di mana seorang penduduk yang terawal telah meneroka tanah kawasan ini untuk membina penempatan dan telah menemui sungai yang bentuknya bagaikan ular yang dipalu-palu seperti dipukul, maka dari situ kampung ini mendapat nama Sungai Ular. Manakala RTP ialah singkatan untuk Rancangan Tanah Pemuda yang mana semua pemuda-pemuda yang menerokai tanah di kawasan ini menjadikan sebuah rancangan penempatan yang tersusun.

Pada asalnya nama kampung RTP Sungai Ular berasal dari nama sebatang anak sungai yang terdapat di kampung ini iaitu Sungai Ular. Kampung ini telah mula dibuka pada tahun 1969 oleh Jabatan Pertanian Negeri Pahang dan kemudiannya telah diambil alih oleh Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri pahang (LKPP) khusus untuk belia-belia dalam Daerah Lipis yang kemudiannya dinamakan Rancangan Tanah Pemuda (RTP).
Pada tahun 1973, kawasan perumahan telah dibina oleh pihak LKPP yang disediakan untuk setiap peserta. Maka setelah itu barulah peserta-peserta Rancangan Tanah Pemuda ini dibenarkan untuk mendirikan rumah tangga. Setelah beberapa tahun, jumlah peserta yang pada asalnya seramai 100 orang telah berkurangan menjadi 54 orang sahaja sehingga ke hari ini, kerana ada yang tidak mampu untuk menempuhi cabaran dan rintangan semasa penerokaan tanah di sini, tidak kurang juga ada  yang mendapat peluang pekerjaan di tempat lain.

Statistik terkini mengenai kependudukan di Kampung RTP Sungai Ular adalah semakin bertambah kerana sebilangan anak-anak peneroka telah kembali ke kampung untuk menjaga orang tua mereka yang telah uzur dan juga menolong mengusahakan tanah perladangan milik mereka. Pertambahan rumah juga berlaku kerana anak-anak peneroka ini telah memohon Bantuan Rumah Mesra Rakyat dan telah dibangunkan di sebelah rumah asal peserta LKPP.

Penduduk kampung RTP Sungai Ular juga dibantu oleh anak-anak muda yang masih lagi tinggal di kampung adan yang bekerja dalam daerah yang sama. Belia merupakan harapan bangsa untuk masa akan datang, yang akan menentukan corak kepimpinan yang tersendiri  dengan kemampuan membawa perubahan kepada masyarakat setempat. Maka, bagi  mewujudkan belia yang produktif yang mampu menghasilkan sesuatu yang berkualiti kepada penduduk setempat perlulah ada sokongan dan juga kerjasama. Di RTP Sg Ular, persatuan Belia 4B telah menubuhkan ahli-ahli dalam kalangan penduduk tempatan yang membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain dan dapat mengadakan aktiviti–aktiviti yang berfaedah.

Sumber: Dari orang perseorangan salah seorang penduduk kampung.

 

  • LAPORAN AKTIVITI MS PUBLISHER 2022

    24 September 2022

    Tarikh :08 September 2022 Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang Lokasi : PEDi RTP Sungai Ular Peserta : 4 orang Tujuan Bertujuan untuk melahirkan generasi yang celik IT. Memperkenalkan komponen asas computer serta memberi penerangan berkaitan dengan fungsi setiap komponen tersebut. Mengajar peserta untuk... Selanjutnya
  • LAPORAN AKTIVITI KLIK DENGAN BIJAK SEPTEMBER 2022

    24 September 2022

    Tarikh :08 September 2022 Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari Lokasi : PEDi RTP Sungai Ular Peserta : 10 orang Tujuan Memupuk pengetahuan pelajar tentang penggunaan internet secara berhemah dan bijak. Meningkatkan tahap penguasaan serta pendedahan kepada ICT. Meningkatkan tahap kesedaran serta kesel... Selanjutnya
  • LAPORAN AKTIVITI MS WORD SEPTEMBER 2022

    24 September 2022

    Tarikh :07 September 2022 Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari : 3.00 Petang – 5.00 Petang Lokasi : PEDi RTP Sungai Ular Peserta : 14 orang Tujuan Bertujuan untuk melahirkan generasi yang celik IT. Memperkenalkan komponen asas computer serta memberi penerangan berkaitan dengan fungsi setiap komponen... Selanjutnya
  • LAPORAN AKTIVITI MS EXCEL SEPTEMBER 2022

    24 September 2022

    Tarikh : 06 September 2022 Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang Lokasi : PEDi RTP Sungai Ular Peserta : 10 orang Tujuan Melahirkan generasi yang celik IT. Memperkenalkan komponen asas komputer serta memberi penerangan berkaitan dengan fungsi setiap komponen tersebut. Memperkenalkan asas Microsoft Office... Selanjutnya
  • LAPORAN AKTIVITI MS POWERPOINT SEPTEMBER 2022

    24 September 2022

    Tarikh : 05 September 2022 Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang Lokasi : PEDi RTP Sungai Ular Peserta : 8 orang Tujuan Melahirkan generasi yang celik IT. Memperkenalkan komponen asas komputer serta memberi penerangan berkaitan dengan fungsi setiap komponen tersebut. Memperkenalkan asas Microsoft Office... Selanjutnya
  • LAPORAN AKTIVITI E-PEMBELAJARAN SEPTEMBER 2022

    24 September 2022

    Tarikh : 05,06 & 07 September 2022 Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang : 10.30 Pagi – 12.30 Tengahari Lokasi : PEDi RTP Sungai Ular Peserta :23 orang Tujuan Memperkenalkan komponen komputer dan penggunaan internet secara berhemah. Memberi kemahiran kepada peserta menggunakan komponen yang disediakan. M... Selanjutnya
  • LAPORAN AKTIVITI ASAS ICT SEPTEMBER 2022

    24 September 2022

    Tarikh : 05 September 2022 Masa : 10.30 Pagi – 12.30 Tengahari Lokasi : PEDi RTP Sungai Ular Peserta :10 orang Tujuan Menggalakkan para komuniti menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PEDi. Memberikan penerangan tentang enjin carian google dan fungsinya serta cara menggunakannya dengan betul. P... Selanjutnya
  • ADVOKASI KDB SEPT 2022

    23 September 2022