Elakkan menggunakan maklumat peribadi anda sebagai kata laluan, RISIKO KECURIAN DATA ADALAH TINGGI. Jika perlu, ubah kepada kata laluan yang lebih selamat.
#MalaysiaMadani
#JomAmbilPeduli
#LindungiDataPeribadi

 

Tahukah anda, kebocoran data peribadi boleh berlaku disebabkan oleh kelalaian diri sendiri?


Pastikan semua surat-menyurat, slip penghantaran parcel, bil-bil atau sebarang kertas yang mengandungi data peribadi anda,"dikoyak seribu" atau dirincih (shred) dan sebaik-baiknya dibuang ke dalam tong sampah berasingan.

"Sampah ini" sangat berharga dan boleh disalah guna oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan scammer.

#MalaysiaMadani
#JomAmbilPeduli
#LindungiDataPeribadi
#Akta709

MCMC mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan pelbagai taktik licik ‘scammer’. Katakan #TakNakScam !

Pastikan anda semak akaun bank atau nombor telefon di laman SEMAKMULE untuk membuat pengesahan identiti pemilik tersebut.

#KKD
#MCMC

-Hormat topik yang dibincangkan. Jangan persendakan pandangan orang lain.

-Elakkan memberi label negatif kepada sesiapa sahaja.

-Jangan malu meminta maaf jika tersilap.

Amalkan 3R: Religion, Race dan Royalty

#KKD #MalaysiaMADANI


Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada apabila menerima jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi hasad “Pink WhatsApp.” Aplikasi hasad berkenaan boleh mengakses pelbagai item dalam telefon pintar pengguna seperti gambar, SMS dan senarai kenalan, yang boleh membawa kepada risiko keselamatan yang serius.
 
MCMC menasihatkan pengguna untuk tidak memuat turun dan memasang aplikasi ”Pink WhatsApp” tersebut, dan segera membuang aplikasi berkenaan sekiranya ia telah dipasang dalam telefon pintar mereka.
 
Para pengguna disarankan untuk kekal berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan dengan ”Pink WhatsApp” kepada portal Aduan MCMC di pautan https://aduan.mcmc.gov.my/#/public/main atau talian hotline Aduan di 1800- 188-030.