Macam mana nak beri anak ransangan bahasa dan ransangan sensori dengan teknik yang betul?

Jom belajar dengan Puan Siti Aisyah Rozalli, Occupational Therapist dari pusat terapi Gymcademy,

https://bit.ly/3InaEM7

Jika anda perasan;
✔️ Anak anda jauh lebih kecil dan rendah dari rakan sebaya
✔️ Sering sakit, lemah dan tidak aktif
✔️ Masih muat pakaian yang dipakai beberapa tahun lalu..
Jangan ambil mudah, MUNGKIN anak anda mengalami masalah bantut.
Apa tips untuk menambah ketinggian mereka?
.
Aktiviti fizikal
Bergayut dapat meningkatkan kekuatan otot upper body dan tangan. Ini membantu untuk membaiki posture berjalan/ duduk. Sebarang aktiviti fizikal juga merangsang hormon pertumbuhan (growth hormon).
Pemakanan
Untuk hasilkan pertumbuhan tulang yang sihat dan otot, kanak kanak perlukan pemakanan yang sihat yang mengandungi vitamin, mineral & protein yang tinggi. Jika anak jenis picky eater dan tidak makan sayur, buah dan produk tenusu anda perlu membuat strategi dengan pelbagaikan menu
Tidur
Pastikan mereka cukup tidur. Tidur awal dan tidur pada waktu yang tetap. Hormon pertumbuhan dirembeskan semasa sedang tidur.
Kurangkan penggunaan gadget.
Ini culprit yang paling sukar untuk ibu bapa. Anak sudah ketagih gadget, nak buat aktiviti fizikal memang tidak berminat. Waktu tidur pun mungkin terganggu.
 

Sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas.

Sebagai penyakit genetik, talasemia diturunkan kepada anak daripada kedua-dua ibu bapa yang membawa gen talasemia.

  • Dikongsikan perbezaan di antara pembawa dan pesakit talasemia.
  • Lakukan ujian saringan penyakit talasemia sama ada di klinik kesihatan kerajaan atau fasiliti penjagaan kesihatan swasta tertentu.

Perkahwinan antara pembawa dengan pembawa atau pembawa dengan pesakit akan meninggikan risiko memperoleh zuriat dengan penyakit Talasemia.

Yoshinori Ohsumi, seorang ahli sains Jepun, dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan untuk penemuannya tentang bagaimana sel tubuh mengalami proses kitar semula yang dikenali sebagai AUTOPHAGY iaitu, istilah Yunani untuk "Makan Dengan Sendiri”.Autophagy adalah satu proses penting dimana ia dirangsang apabila tubuh badan berada dalam keadaan LAPAR. Contohnya apabila tubuh sedang berpuasa untuk tempoh 8-10 jam.

Apabila sedang berpuasa, proses Autophagy akan memecahkan protein dan komponen yang telah rosak dan menggunakannya semula untuk menghasilkan tenaga. Bukan itu sahaja,sel sel lapar ini akan memusnahkan virus dan bakteria dalam tubuh dan menggunakannya untuk kitar semula.

Proses ini dikatakan sangat PENTING untuk

✅ Mencegah pembentukan sel kanser
✅ Mencegah penyakit berjangkit
✅ Mencegah. penyakit imunologi
✅ Mengurangkan risiko gangguan neurodegeneratif seperti nyanyuk dan parkinson.

Gangguan autophagy juga dianggap memainkan peranan dalam penuaan. Proses penuaan dapat diperlahankan dan sel sel baru yang sihat dan kuat dapat dihasilkan jika proses autophagy ini dapat diaktif. Tubuh badan manusia mempunyai fungsi yang cukup unik untuk memperbaiki kerosakan. Manfaatkan fungsi ini dengan mengamalkan puasa pada bulan ramadhan dan berbuka puasa dengan sederhana dan jangan merokok.