Keusahawanan tempatan kali ini membawakan seorang ahli PEDi RTP Sungai Ular yang sedang bergiat aktif dalam dunia landskap dan penanaman pokok-pokok hiasan di laman rumah. Puan Hasnah Binti Jaafar merupakan seorang bekas guru TABIKA KEMAS yang telah hampir setahun berpencen. Minat yang mendalam dalam tanaman hiasan menjadi titik tolak kepada beliau untuk melebarkan lagi sayap perniagaan secara kecil-kecilan yang diusahakan sebelum ini. Hal ini kerana kekangan masa menjadi seorang guru sebelum ini sedikit memadamkan hasrat beliau.

Oleh itu, peluang yang ada pada masa sekarang digunakan sepenuhnya untuk mengusahakan minat yang sekian lama dipendamkan selain sebagai hobi, ianya juga mampu menambahkan pendapatan sampingan beliau yang telah berpencen. Oleh hal yang demikian, terciptalah Mini Nursery Hasnah yang bertempat di Kampung Keledek. Komuniti yang ingin mengunjungi nurseri tersebut boleh terus menghubungi beliau untuk sebarang temujanji memandangkan keadaan Pandemik sekarang tidak memungkinkan komuniti terjah tanpa mengikut SOP yang telah ditetapkan. Puan Hasnah boleh dihubungi menerusi laman media sosial beliau iaitu https://www.facebook.com/hasnahjaafar61 atau juga boleh terus menghubungi talian telefon https://www.wasap.my/601119431337