PEDi RTP Sungai Ular membawakan salah seorang usahawan yang berdaftar dan sedang giat menggunakan media sosial sebagai cara untuk mempromosikan produk yang diusahakannya. Beliau adalah Puan Hasma Binti Ismail yang telah berjinak-jinak dalam perniagaan makanan dan kuih tradisional Melayu. Beliau tinggal di Kampung Keledek, iaitu kira-kira 5 KM dari Pedi RTP Sungai Ular. Boleh dikatakan beliau merupakan seorang suri rumah yang mempunyai pendapatan dengan cara melebarkan empayar perniagaannya tidak kira di tapak perniagaan yang disewa ataupun juga di tapak-tapak pasar dan pekan sehari. Beliau juga turut mengambil tempahan daripada mereka yang berminat dengan produk makanan yang diusahakannya dengan tawaran harga yang mampu milik. Komuniti yang berminat untuk merasai kesedapan makanan tradisional Melayu boleh melayari media sosial facebook As As | Facebook dan juga boleh terus menghubungi beliau di talian www.wasap.my/60111879 3217