Usahawan kali ini memaparkan seorang ahli PEDi RTP Sungai Ular yang telah mengusahakan produk makanan secara homemade, iaitu Roti Jala Viral yang kini sedang mendapat permintaan yang sangat tinggi dalam kalangan komuniti setempat. Produk ini diusahakan oleh Puan Sukarziah Binti Daud. Selepas berhenti kerja, beliau mengambil keputusan untuk mengusahakan produk makanan dan dihantar secara COD ke rumah pelanggan. Roti Jala Viral ini mendapat permintaan yang tinggi terutamanya pada musim sambutan bertema atau perayaan. Ianya juga dihidangkan dengan pakej lengkap bersama kuah kari ayam dengan harga yang ditawarkan adalah sangat mampu milik. Oleh itu, komuniti yang ingin menikmati hidangan tersebut, boleh terus menghubungi nombor telefon beliau 013-4671193.

PEMAKLUMAN PELANCARAN SISTEM SKIM PEMBIAYAAN KEWANGAN USAHAWAN NEGERI PAHANG (I-PUSH)
Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (I-PUSH) akan dibuka mulai 1 April 2022 sehingga 30 April 2022. Skim I-PUSH yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 memberi manfaat kepada lebih 2,500 penerima (usahawan mikro) yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Keusahawanan tempatan kali ini membawakan seorang ahli PEDi RTP Sungai Ular yang sedang bergiat aktif dalam dunia landskap dan penanaman pokok-pokok hiasan di laman rumah. Puan Hasnah Binti Jaafar merupakan seorang bekas guru TABIKA KEMAS yang telah hampir setahun berpencen. Minat yang mendalam dalam tanaman hiasan menjadi titik tolak kepada beliau untuk melebarkan lagi sayap perniagaan secara kecil-kecilan yang diusahakan sebelum ini. Hal ini kerana kekangan masa menjadi seorang guru sebelum ini sedikit memadamkan hasrat beliau.

Oleh itu, peluang yang ada pada masa sekarang digunakan sepenuhnya untuk mengusahakan minat yang sekian lama dipendamkan selain sebagai hobi, ianya juga mampu menambahkan pendapatan sampingan beliau yang telah berpencen. Oleh hal yang demikian, terciptalah Mini Nursery Hasnah yang bertempat di Kampung Keledek. Komuniti yang ingin mengunjungi nurseri tersebut boleh terus menghubungi beliau untuk sebarang temujanji memandangkan keadaan Pandemik sekarang tidak memungkinkan komuniti terjah tanpa mengikut SOP yang telah ditetapkan. Puan Hasnah boleh dihubungi menerusi laman media sosial beliau iaitu https://www.facebook.com/hasnahjaafar61 atau juga boleh terus menghubungi talian telefon https://www.wasap.my/601119431337

Puan Salmi merupakan salah seorang penduduk RTP Sungai Ular yang sedang berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan digital. Sebagai seorang suri rumah, beliau telah mengambil langkah untuk mengisi masanya dengan membuat jualan secara dropship di media sosial. Produk yang telah dipilih oleh beliau adalah Produk Amway, iaitu sejenis produk vitamin dan makanan tambahan kepada badan manusia. Ramuan yang terdapat di dalam produk Amway adalah berasaskan Sains Moden dan Kearifan Herba menjadikannya Nutrisi Herba Moden pada zaman kini. Antaranya adalah vitamin C, Set resdung, set penjagaan gigi kanak-kanak. Komuniti yang ingin mendapatkan produk tersebut boleh terus klik link facebook beliau https://www.facebook.com/profile.php?id=100010213000768 atau boleh juga menghubungi beliau di talian www.wasap.my/60105133979

Usahawan perkhidmatan yang sedang mengusahakan perniagaan berkaitan dengan mengecat kereta dan mengkilatkan kembali lampu kereta yang semakin pudar kini berada di RTP Sungai Ular. Perkhidmatan yang disediakan sangat memuaskan hati pelanggan. Komuniti dari dalam dan luar kawasan boleh terus membuat temujanji dengan Mohd Asyraf Makrus atau boleh juga terus melayari https://www.facebook.com/profile.php?id=100041773268564 atau hubungi nombor usahawan di talian www.wasap.my/60109324382