Kali ini PEDi RTP Sungai Ular membawakan salah seorang usahawanita yang sedang rancak menjalankan perniagaan membuat kek untuk bermacam jenis sambutan dengan pelbagai dekorasi. Usahawanita yang dimaksudkan itu adalah Puan Siti Zaimah Binti Mdzaran yang tinggal di kawasan perumahan kilang sawit Simedarby Plantation Ladang Bukit Puteri, tidak jauh daripada PEDi RTP Sungai Ular. Beliau juga turut menyediakan perkhidmatan membuat "Surprise Delivery Bouquet" mengikut permintaan daripada pelanggan. Usaha ini selain daripada minat yang mendalam, ianya juga mampu memberi dan menambahkan lagi pendapatan keluarga. Admin sendiri sudah membuat tempahan, dan rata-rata komuniti sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh beliau dengan harga yang berpatutan. Oleh itu, komuniti yang ingin mendapatkan temapahan daripada perkhidmatan ini untuk orang-orang tersayang boleh terus menghubungi beliau melalui media sosialnya https://www.facebook.com/eima.mdzaran.3 atau boleh juga terus menghubungi beliau melalui aplikasi whatsapp www.wasap.my/60142170119 

Usahawan yang dibawa pada kali ini adalah seorang usahawanita yang mengusahakan tanaman bunga hidup sebagai hiasan di halaman rumah. Puan Hasma Ismail merupakan usahawanita yang dimaksudkan ini mengusahakan tanaman serta membuat pembenihan keladi dan juga bunga hiasan yang semakin hari mendapat perhatian serta tarikan yang tersendiri kepada peminat-peminatnya. Apa yang istimewanya, beliau dan suami turut menyediakan perkhidmatan membuat rak untuk penyimpanan bunga dan keladi hiasan tersebut kepada para penggemar dengan harga yang ditawarkan adalah sangat mampu milik. Komuniti yang ingin menjamu mata atau ingin membuat pembelian terus boleh berkunjung ke nursery Puan Hasma yang bertempat di Kampung Keledek atau boleh juga menghubungi beliau di talian www.wasap.my/601161034198 atau juga boleh terus melayari laman muka buku beliau https://www.facebook.com/profile.php?id=100005877729851 

Salah seorang ahli PIK RTP Sungai Ular ini telah mengusahakan produk kuih homemade yang mana boleh dinikmati tidak kira masa dan usia. Puan Nur Muhanizah menghasilkan kuih tradisional donut dan diadaptasikan kepada donut moden dengan hanya menggunakan salutan perisa coklat dan pelbagai lagi. Selain itu juga, beliau turut membuat pizza kampung. Kedua-dua produk ini mempunyai keenakan yang tersendiri. Hal ini kerana, ianya sentiasa mendapat permintaan yang sangat menggalakkan pada satu-satu masa. Oleh itu, komuniti yang ingin membuat tempahan perlu menghubungi beliau di talian 0129584512.

PIK RTP Sungai Ular pada kali ini membawakan salah seorang ahli yang mengusahakan perniagaan secara atas talian, iaitu menjual produk makanan selera korea dan juga kudapan berasaskan coklat. Cik Miza memulakan perniagaan ini secara dropship dan kini telah menjadi agen kepada Produk Chingu Topokki dan Deechoco. Beliau membuat pemasaran produk di media sosial dan juga platform aplikasi shopee setelah mendapat bimbingan daripada petugas PIK RTP Sungai Ular. Komuniti yang ingat mencuba dan menikmati makanan berasaskan korea ini boleh terus menghubungi beliau atau melayari facebook https://www.facebook.com/cahaya.aurora.399 dan https://shopee.com.my/mihamora/3857317227?smtt=0.0.9

Program ini merupakan salah satu lagi inisiatif daripada pihak SKMM kepada para usahawan dan bakal usahawan yang ingin membuat jualan produk mereka secara dalam talian terutamanya di platform shopee. Oleh itu, kepada para usahawan yang berminat untuk menyertainya boleh terus menghubungi petugas PIk yang berdekatan kerana kelas ini diadakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi GoogleMeet.