Program ini merupakan salah satu lagi inisiatif daripada pihak SKMM kepada para usahawan dan bakal usahawan yang ingin membuat jualan produk mereka secara dalam talian terutamanya di platform shopee. Oleh itu, kepada para usahawan yang berminat untuk menyertainya boleh terus menghubungi petugas PIk yang berdekatan kerana kelas ini diadakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi GoogleMeet.

Salah seorang ahli PIK RTP Sungai Ular sedang meningkat jualannya walaupun dalam keadaan musim pandemik. Lantaran promosi yang dilakukan oleh beliau sangat menarik minat pembeli. Puan Nur Ain telah mengusahakan jualan tudung viral jenama Fareha, yang mana telah diniagakan di laman sosial facebook akaun miliknya. Oleh itu, komuniti yang ingin melihat serta membuat belian tudung viral yang sememangnya sangat cantik untuk digayakan tidak kira pada musim perayaan atau untuk dipakai setiap hari, boleh terus melayari akaun facebook milik Puan Ain ini https://www.facebook.com/ain.azlan.165 atau terus menghubungi beliau di nombor yang tertera.

Satu lagi produk keluaran komuniti tempatan yang telah berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Nasi Ayam Pok Din tercetus apabila pemuda ini telah mendapat seunit kedai untuk memulakan perniagaan. Komuniti tempatan atau luar kawasan Kampung Sungai Ular yang ingin merasai keenakan Nasi Ayam Pok Din boleh terus datang ke kedai beliau yang terletak bersebelahan dengan Masjid RTP Sungai Ular yang mana pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini perkhidmatan ini hanya menyediakan tempahan yang berbungkus sahaja. Komuniti juga boleh terlebih dahulu membuat tempahan melalui nombor telefon yang tertera.

Kali ini puan admin membawakan salah seorang usahawan komuniti yang memulakan perniagaan makanan di kawasan perkampungan RTP Sungai Ular. Bertitik tolak dari perniagaan di bulan Ramadhan, beliau kini masih lagi meneruskan perniagaan yang kali ini menghidangkan juadah sarapan untuk penduduk sekitar dan juga sesiapa saja yang singgah ke gerainya. Pelbagai makanan pagi dan kuih-muih turut disajikan kepada para pengunjung yang ingin mendapatkan juadah sarapan tanpa perlu memikirkan lagi makanan apakah yang ingin di masak setiap pagi. Komuniti yang ingin merasai keenakan juadah yang disediakan boleh terus berkunjung ke gerai Puan Wana yang terletak di pondok bas RTP Sungai Ular atau boleh juga berkunjung ke media sosial facebook beliau melalui link https://www.facebook.com/azratulazwana untuk membuat tempahan awal. Gerai ini dibuka pada jam 6.30 pagi setiap hari.

Seorang lahir usahawan lahir di Kampung Sungai Ular apabila kedai empat pintu yang dibina hasil inisiatif dari pihak Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) baru-baru ini telah mendapat manfaat kepada semua penduduk kampung. Oleh itu, salah satu pintu tersebut telah dimiliki oleh mantan mantan ketua kampung RTP Sungai Ular, Tuan Haji Abdul Manaf Bin Hussain,iaitu dengan menyediakan kemudahan menjual barangan runcit sebagai keperluan harian. Sehubungan dengan itu, komuniti yang ingin mencari barang keperluan dapur boleh terus berkunjung ke kedai beliau yang terletak bersebelahan dengan masjid RTP Sungai Ular. Terdapat banyak keperluan dapur yang dijual di kedai tersebut dan harga juga berpatutan. Semoga dengan usaha ini dapat membantu sedikit sebanyak usahawan Kampung Sungai Ular.