Untuk makluman, Pihak Innovative Learning Network (ILN) akan mengadakan Kelas Online Berbayar bagi memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk mendapatkan dan meningkatkan kemahiran.
Dilampirkan juga bersama eposter bagi tujuan yang dinyatakan. Peserta boleh mendaftar melalui Imbasan Barcode yang terdapat di eposter atau pautan pendaftaran yang diberikan bersama (Google Form) dan perlu memberikan bukti pembayaran kelas online melalui borang pendaftaran. Peserta boleh mengikuti program ini dimana-mana, sama ada di PIK atau di rumah dan lain-lain tempat yang ada capaian internet.
 
 

Bermula hanya sekadar suka-suka menyediakan kudapan anak-anak di waktu petang, pembuat kek dan tart ini akhirnya menerima tempahan demi tempahan dari komuniti sekeliling. Puan Ainun Nadiah merupakan salah seorang penduduk Kampung Keledek, iaitu lebih kurang 4 Kilometer jarak rumah beliau ke Pusat Internet RTP Sungai Ular kini sedang mengorak langkah memulakan perniagaan secara bersemuka ataupun dalam talian. Beliau merupakan seorang suri rumah dan mempunyai tiga orang anak. Mengambil pendekatan untuk membuat jualan kek dan cheese tart ini adalah untuk menambah pendapatan sampingan keluarga. Komuniti yang ingin membuat tempahan kek dan tart boleh terus menghubungi www.wasap.my/60135307959

 

Pusat Internet Komuniti RTP Sungai Ular kali ini membawakan seorang lagi usahawan baru yang sedang berjinak-jinak dalam bidang pembuatan kuih-muih moden. Puan Fifi Mariani Binti Mohamad telah mengusahakan perniagaan Cheese Tart selepas mengikut beberapa latihan dan kursus yang berkaitan dengan bidang tersebut. Cheese Tart yang disediakan dengan pelbagai pilihan perisa boleh didapati. Oleh itu, komuniti yang berminat untuk membuat sebarang tempahan boleh menghubungi talian www.wasap.my/60179555356/nakcheesetart

Kali ini petugas PIK RTP Sungai Ular memperkenalkan salah seorang lagi usahawan yang terdapat dalam kalangan komuniti sekitar Kampung Sungai Ular. Usahawan ini mengusahakan perniagaan Takoyaki Leleh sebagai kudapan pada waktu petang bagi penduduk sekitar. Perniagaan ini diusahakan oleh Puan Aminah Binti Haji Wahid dan suami beliau, Encik Rosly bersama-sama dengan tiga orang anak beliau. Gerai ini bertempat di perkarangan rumah beliau dan beroperasi bermula pada jam 12.00 Tengahari sehingga 6 petang pada setiap hari kecuali hari Khamis.Komuniti yang merasai keenakan dan kelazatan Takoyaki Leleh ini boleh terus menghubungi talian berikut https://www.wasap.my/601132203692/TAKOYAKILELEH/ 

https://www.wasap.my/60148416287/TAKOYAKILELEH/

Kali ini Pusat Internet RTP Sungai Ular menyajikan juadah kudapan atau boleh juga dijadikan sebagai hadiah untuk para tetamu jemputan majlis-majlis istimewa. Keenakan coklat yang terdapat dalam Choco Jar yang dibuat oleh Cik Miza Halimah Binti Muhamad Rasul sangat sedap dan crunchy. Beliau menggunakan coklat premium dan juga topping berbeza mengikut pilihan flavour. Komuniti yang ingin merasai keenakan dan kerangupan Choco Jar ini boleh terus menghubungi atau mengunjungi https://shopee.com.my/mihamora