Kali ini PI RTP Sungai Ular membawakan seorang lagi usahawan produk homemade yang diasaskan oleh Puan Roslina Roslan, iaitu Kerabu Kantan Bilis Garing. Produk ini berasaskan Bunga Kantan dan Ikan Bilis Goreng yang diadun menjadi sambal garing ataupun boleh juga dijadikan serunding untuk dimakan dengan pelbagai juadah..Contohnya makan dengan lemang, nasi panas atau diratah begitu saja. Komuniti yang ingin mendapatkan produk homemade ini boleh terus menghubungi beliau di talian www.wasap.my/60146657032 atau www.wasap.my/60179446174 .

Kali ini PI RTP Sungai Ular membawakan salah seorang usahawanita yang mencipta satu lagi produk untuk meluaskan lagi empayar perniagaan beliau. Puan Hasma Ismail mencipta Aiskrim Kek Balang dengan harga yang sangat mampu milik. Terkini, terdapat beberapa orang agen di merata kawasan untuk melariskan lagi produk ini dengan menyertai FB MPurple Houze MPurple Houze . Komuniti yang ingin terus mendapatkan produk ini boleh berhubung melalui http://www.wasap.my/601161034198

Pencuci mulut yang diberi nama Qasidah atau orang Pahang panggil Sokme sangat digemari tidak kira waktu, terutamanya pada bulan puasa. Terdapat dua versi cara pembuatan kuih qasidah ini, iaitu Versi Qasidah Utara dan Versi Qasidah Pantai Timur. Bagi komuniti yang ingin merasai keenakan dan kelazatan kuih, boleh menghubungi Puan Rusmini di RTP Sungai Ular melalui talian www.wasap.my/60179466750

Sumber : Laman rasmi Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna