Puan Hasma Binti Ismail merupakan seorang usahawanita muda yang tinggal di Kampung Keledek. Pasaran produk beliau telah meluas selepas menghadiri pelbagai jenis kursus keusahawanan termasuklah yang pernah dianjurkan oleh Pi1M RTP Sungai Ular. Pelbagai produk yang telah diusahakan oleh Puan Hasma, antaranya adalah pelbagai jenis Kuih Raya, Aiskrim Handmade, pelbagai jenis kek dan juga tempahan makanan.

  

Lemang yang juga merupakan antara makanan wajib dihidangkan kepada tetamu pada Hari Raya Aidilfitri cukup enak dinikmati bersama kuah kacang atau rendang. Pada hari biasa, memang sukar mencari lemang untuk dinikmati dan tidak ramai yang rajin memasaknya memandangkan proses membuat makanan tradisional ini agak sukar kerana perlu mencari buluh, pulut, santan dan kayu api atau sabut kelapa untuk membakarnya. Pada zaman dahulu, lemang hanya dihidangkan pada musim-musim perayaan sahaja. Namun, peredaran zaman telah mengubah tradisi ini yang mana lemang boleh dihidang pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Antaranya ketika jamuan, kenduri perkahwinan ataupun dinikmati pada waktu petang. Ramai yang suka makan tapi tak pandai nak buat kerana mengambil masa yang sangat lama untuk menyiapkan juadah lemang tersebut. Sekarang penggemar lemang tidak perlu risau lagi untuk menikmati juadah tersebut pada bila-bila masa kerana ramai penjual lemang di luar sana telah mengusahakan lemang secara offline dan juga online. Di samping itu juga ramai penjual lemang sekarang membakar lemang secara moden, iaitu menggunakan dapur gas yang mana lemang masih lagi dimasak di dalam buluh setelah pulutnya dikukus, cuma cara membakar sahaja diubah daripada menggunakan kayu api kepada penggunaan dapur gas.

Berbeza dengan salah seorang pemuda kampung RTP Sungai Ular ini yang membakar lemang secara tradisional. Beliau telah berkecimpung dalam bidang ini secara sambilan sahaja bermula tahun 2016. Tempahan lemang yang diterima juga sangat menggalakkan terutamanya pada musim perayaan dan juga musim kenduri-kendara. 

Salah seorang komuniti kampung RTP Sungai Ular telah mengusahakan produk Kuah Pecal yang mana dipasarkan secara kecil-kecilan mengikut permintaan. 

Bermula dengan hanya cubaan menjahit pakaian sendiri, Puan Mariati Ismail kini sudah pun mengorak langkah mengambil tempahan menjahit pakaian semasa musim perayaan terutamanya. Secara amnya, seorang tukang jahit perlu kreatif dalam menghasilkan rekaan mengikut citarasa pengguna. Begitu juga dengan Puan Mariati yang sentiasa mempunyai idea-idea yang baru dalam rekaan yang dihasilkannya. Selain menjahit pakaian, beliau juga mengambil tempahan membuat langsir. Kepada yang ingin membuat tempahan menjahit pakaian, boleh berhubung terus dengan beliau di talian 012-2629031.

Popia Roll Kak J dijual oleh Puan Safarah Hassan melalui penggunaan media sosial seperti Facebook dan juga secara langsung. Popia Roll ini didatangkan khas dengan 5 perisa menarik.

Coklat
Strawberi
Pandan
White Chocolate
Origina

Kenapa kita kena pilih popia roll kak j ???

Sebab popia roll kak j bestt????????????????

Jom pakat whatsapp

? 013 3371839