Usahawan tempatan bulan ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Namun kami siarkan semula atas kejayaan dan pencapaian beliau sepanjang tahun bersama kami. Produk pizza, donut,roti dan bomboloni nurhomemade juga semakin berkembang dan pelbagai perisa telah di perbaharui mengikut permintaan pelanggan.Nur homemade semakin dikenali dan mendapat tempat di hati penduduk tempatan. Beliau tidak menang tangan menerima tempahan  tidak kira dalam apa jua acara dan majlis,terutama sepanjang perayaan dan akhir tahun persekolahan.

Untuk mendapatkan produk NURHOMEMADE boleh hubungi puan Nur sendiri di talian 0129584512.

Nurhomemade by Nur Muhanizah
https://www.facebook.com/nuraim.afiq?mibextid=ZbWKwL

#pedirtpsgular
#PusatEkonomiDigital
#usahawanpedi
#TM
#MCMC
#msddigitalintelligence

Usahawan PEDi RTP Sg Ular bagi bulan Januari 2023..🎉🥰

Perkenalkan Dalicious by Ruwaida Zin. Beliau merupakan ahli PEDi RTP Sg Ular dan juga usahawan yang menggunakan PEDi sebagai platform pembelajaran bagi meningkatkan pasaran produk dan menjana pendapatan menerusi e-dagang sekaligus memperbaiki taraf hidup usahawan.

https://www.facebook.com/ruwaida.matzin.

https://www.facebook.com/profile.php?id=100063632020453

Untuk tempahan

wa.me/c/60132418177

#pedirtpsgular #PusatEkonomiDigital #TM #MCMC #msddigitalintelligence

326988791 1779111215815627 9204255755537290939 n 328105307 1275205599699052 3748949975606365711 ncute lion

Hasil bimbingan daripada Adun Jelai, YB Dato' Sri Haji Wan Rosdy, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, projek ini dilaksanakan dengan kaedah teknologi moden. Projek ini pada asalnya berasaskan tanaman pisang berangan dan nangka madu. Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta untuk menyelenggarakan kemudahan logistik, jalan, saliran dan khidmat bimbingan kepada petani projek TKPM ini. Selain itu, kerajaan juga membuka tanah seluas lapan hingga sembilan hektar kepada 23 petani Kuala Medang bagi tujuan mengusahakan tanaman pisang, nangka madu dan betik secara berkelompok dengan menggunakan kaedah teknologi moden. Menurut Adun Jelai juga, TKPM turut mengamalkan "konsep tumpang' dengan Koperasi Kakitangan Bernas Berhad. Mellaui konsep ini, petani tempatan berpeluang untuk berkongsi kepakaran, kemahiran dan bimbingan bersama koperai tersebut terutamanya dalam aspek pemasaran. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan pertanian bahkan juga menambahkan lagi pendapatan mereka.

 

JELAI JACKFRUIT

BUAH NANGKA (Artocarpus heterophyllus)merupakan sejenis buah tempatan yang semakin popular pada masa kini. Kalau dahulu mungkin ramai orang takut makan buah nangka kerana nanti 'perut kembung' atau 'ada angin' tetapi tanggapan tersebut semakin berkurangan sekarang. Ini mungkin kata-kata tersebut dikeluarkan oleh orang tua-tua kerana keenakkan buah nangka yang lazat dan mereka berkata begitu supaya orang tidak 'makan banyak'. Tanaman ini adalah hasil daripada hab pertanian dan pelancongan hasil daripada kerajaan negeri membuka tanah seluas 160 hektar bagi projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) bagi Kampung Kuala Medang.

 

Sumber: JKKK Kuala Medang

PRODUK WARISAN IBU

Usahawan Kumpulan Perwakilan Wanita (KPW) RTP Sungai Ular merupakan gerakan wanita yang menetap di Sungai Ular dalam mengusahakan produk makanan ringan dan kuih kering untuk pasaran komuniti dan sekitar Lipis. Gerakan KPW RTP Sg Ular ini telah yang diterajui oleh Puan Siti Rosnah Mat Yasin, Siti Norzan Bt Mohamed, Puan Rosiah bt Wok,Puan Juriah Mat Atan dan Puan Safiah bt Chiek  yang beroperasi di Bengkel Pemprosesan Makanan Industri Asas Tani RTP Sg Ular lebih kurang 15 tahun lalu.

Mereka bekerjasama dalam mengusahakan produk makanan kering seperti kerepek pisang masin&manis, tempeyek, peneram, lidah buaya,dan karipap mini. Produk Warisan Ibu telah mendapat tempahan dari stesen Minyak Petronas Lipis untuk jualan dalam kedai Petronas,di Pasar mini Sg Koyan , dan kedai-kedai runcit berdekatan. Selain itu mereka juga menerima tempahan untuk individu dan koperasi. Setiap kali musim perayaan permintaan sentiasa meningkat sehingga mereka mengambil pekerja harian.

Produk Warisan Ibu juga telah mendapat bantuan pembungkusan/ stiker daripada Jabatan pertanian dan telah mendapat logo pensijilan Mesti dan Jabatan Pertanian. Boleh hubungi mereka Puan Siti Rosnah :019-9053944 atau Puan Siti Norzan :017-6667539 untuk mendapatkan produk Warisan Ibu.

bngkl kp

neram tem

 

 

Melon merupakan sejenis buah-buahan yang berasal dari Afrika Tengah. Ianya berongga dan mempunyai banyak biji di dalamnya. Pokoknya menjalar seperti tembikai, manakala buahnya berat dan mengandungi air yang banyak. Buah Melon juga berbau harum dan amat manis apabila masak. Kuala Medang bioFarm merupakan pengusaha melon yang diberi nama "Medang Melon" yang telah diusahakan di Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Penanamannya adalah berkonsepkan fertigasi (kelompok) dibawah Projek Champion E-Kasih Daerah Kuala Lipis yang diketuai oleh Encik Rosdi, hasil bimbingan daripada Jabatan Pertanian Daerah Lipis dan mendapat sokongan daripada Pejabat Daerah dan FAMA Lipis.