Produk keusahawanan yang diketengahkan kali ini adalah berkaitan dengan usahawan makanan. Produk makanan ini diusahakan oleh Cik Nur Aqilah Binti Mohd, iaitu Tauhu Bergedil yang kini mendapat tempat di hati para komuniti untuk dinikmati tidak kira waktu. Beliau tinggal di perumahan RTP Sungai Ular. Produk yang sedang diusahakan walaupun dibuat pada setiap hujung minggu kerana kekangan bekerja, produk ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada penduduk setempat dan juga luar. Beliau membuat hantaran kepada setiap pelanggan pada setiap hari Ahad. Komuniti yang ingin merasai sendiri air tangan  boleh terus membuat tempahan di laman sosial beliau, iaitu https://www.facebook.com?NurAqilahMohd atau boleh terus menghubungi beliau melalui aplikasi whatsapp, www.wasap.my/60138043507.

Kali ini PEDi RTP Sungai Ular ingin mempromosikan salah seorang ahli PEDi RTP Sungai Ular yang telah menjadi usahawan kek gula hangus. Puan Zainuddar Binti Mohd Yusof telah mengambil tempahan membuat kek gula hangus untuk program-program dalam kalangan komuniti. Kek yang dihasilkannya sangat sedap dan lembut kerana menggunakan bahan-bahan premium. Harga yang dikenakan juga sangat berpatutan, sesuai dengan kesedapan kek itu tersendiri. Apa yang paling menarik, kek gula hangus yang dihasilkan mempunyai rongga-rongga seperti sarang semut. Begitulah keunikan kek gula hangus yang sebenarnya. Oleh itu, komuniti yang ingin merasai keenakan kek tersebut boleh terus berhubung dengan Puan Zainuddar di talian www.wasap.my/6012276 7816.

Usahawan kali ini merupakan beliawanis yang bakal membawa produk homemade beliau ke peringkat yang lebih jauh lagi. Puan Fifi Mariani merupakan seorang surirumah yang tinggal di kawasan perumahan kilang kelapa sawit sedang mengusahakan produk Aiskrim Malaysia Homemade yang mempunyai pelbagai perisa. Pada asalnya beliau hanya mencuba-cuba jualan aiskrim tersebut kepada kawan-kawan terdekat sahaja. Namun demikian, semakin hari ianya semakin mendapat sambutan. Jadi, beliau telah membuka tempahan daripada komuniti sekitar melalui penggunaan status whatsapp dan juga media sosial Facebook. Oleh itu, komuniti yang ingin membuat tempahan boleh terus menghubungi talian ini www.wasap.my60179555356/nakaiskrimlagendbymekfy atau boleh juga melayari laman sosial beliau https://www.facebook.com/fyfie.ejan

Usahawan komuniti pada kali ini menampilkan salah satu kedai makan masakan panas yang semakin mendapat tempat dalam kalangan komuniti. Kedai KHAFLIZA Family diberi nama oleh Puan Asliza sebagai tuan kedai. Masakan panas yang paling menarik minat pelanggan pada permulaan ini adalah Masakan shellout dan juga mee udang. Selain itu juga, terdapat masakan panas yang lain seperti di kebanyakan kedai makan. Harga yang dikenakan juga adalah berpatutan. Komuniti yang ingin mencuba masakan panas tersebut boleh terus berkunjung ke kedai Puan Asliza di simpang Kampung Keledek Bukit Betong atau boleh menghubungi beliau untuk sebarang tempahan awal di talian www.wasap.my/60194044452

Salah seorang usahawan setempat selain menyediakan pelbagai jenis masakan panas, beliau juga turut aktif dalam menerima tempahan untuk makan waktu pagi dan juga tengahari. Dengan erti kata lain membuat catering. Puan Nor Azila merupakan tukang masak yang telah menerima tempahan daripada pelbagai jenis jabatan. Hal ini dapat membantu menaikkan taraf kewangan keluarga. Tempahan boleh dibuat menerusi talian 0 10-419 2589 atau boleh melayari laman media sosial beliau untuk info lebih lanjut https://www.facebook.com/norazila.zila.399