Perusahaan membuat Kek Marble ini telah diusahakan oleh Puan Nurul Shazwani Mohd yang berasal dari RTP Sungai Ular. Pada asalnya beliau hanya membuat kek marble untuk hidangan keluarga sahaja. Namun begitu, terdapat permintaan daripada komuniti sekitar untuk membuat tempahan kek marble tersebut. Oleh hal yang demikian, Puan Nurul Shazwani terus mengorak langkah menjadikan ia sebagai salah satu punca pendapatan sampingan untuk membantu suami beliau. Komuniti yang ingin merasai kelazatan kek marble buat Puan Shazwani boleh terus menghubungi beliau di talian www.wasap.my/601119978001 untuk membuat tempahan.

 

Memandangkan pasar pagi dan pasar malam telah ditutup sempena musim Covid-19, salah seorang penjaja ikan segar telah mengambil inisiatif untuk membuat jualan secara langsung dari rumah beliau sendiri. Komuniti yang ingin mendapatkan pelbagai jenis ikan segar boleh terus menghubungi Encik Razali, salah seorang penduduk Kampung RTP Sungai Ular di talian yang tertera dibawah.

Keusahawanan kali ini membawakan seorang lagi ahli Pusat Internet RTP Sungai Ular yang sedang mengorak langkah dalam dunia keusahawanan kecil dan sederhana. Beliau adalah Puan Norhasnahliza Binti Murad yang telah menyertai Bengkel Keusahawanan Rintis kerjasama antara Kemas Cameron Highlands dan PI RTP Sungai Ular pada tahun 2019. Puan Norhasnahliza atau lebih dikenali sebagai Kak As telah memilih untuk menghasilkan produk buatan sendiri dan membuat penghantaran secara langsung kepada para pelanggan yang membuat tempahan. Antara produk homemade beliau hasilkan adalah beraneka jenis kuih dan roti, western food dan juga masakan Melayu yang lain. Komuniti yang ingin membuat sebarang tempahan boleh terus menghubungi Kak As di talian www.wasap.my/0145465132 atau boleh mencuci mata di link facebook beliau iaitu https://www.facebook.com/sofea.aizad sebelum membuat sebarang tempahan.