Pada 16 November 2019 telah berlangsungnya Program Bacaan Surah Yassin dan Tahlil Komuniti Kampung RTP Sungai Ular. Ianya berlangsung selepas waktu Solat Asar di Kedai Makan Pak Atan dan Kak Sally. Program ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama komuniti. 

Pada 11 Ogos 2019 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah menjalani ibadah korban sumbangan dari YAB Dato' Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Ibadah ini dilaksanakan secara bergotong-royong dan kemudiannya daging korban tersebut diagih-agihkan kepada komuniti. 

Pada 03 Oktober 2019 berlangsungnya majlis taklimat kemaskini profil kampung yang bertempat di Pusat Internet RTP Sungai Ular. Dalam taklimat tersebut, sejumlah 13 orang pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dari Mukim Ulu Jelai, Mukim Telang dan Mukim Batu Yon bersama dengan setiausaha masing-masing turut terlibat sama.

SAMBUTAN HARI NUZUL AL-QURAN KOMUNITI RTP SG ULAR

Tarikh : 22 Mei 2019

Tempat : Masjid RTP Sg Ular

-Gotong Royong sembelih lembu dan memasak

-Majlis berbuka Puasa bersama komuniti

-Ceramah Nuzul Al-Quran dan Terawih

-Pemeriksaan Kesihatan My Health