MAKLUMAT PEDi

PUSAT EKONOMI DIGITAL RTP SG ULAR,  mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang telah kami sediakan khususnya kepada penduduk komuniti.

PEDi RTP SG ULAR sebelum ini dikenali sebagai PUSAT JALURLEBAR KOMUNITI (PJK) RTP SG ULAR, namun kini telah berwajah baru hasil kolaborasi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan juga MSD Technology Sdn Bhd (MSDT) yang mana PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) merupakan projek yang dilaksanakan melalui Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Telekom Malaysia Berhad (TM) dilantik sebagai kontraktor utama, manakala MSD Technology Sdn Bhd (MSDT) sebagai penyelaras program dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Objektif program ini ialah untuk menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet bagi merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan komuniti di bandar. 

Sehubungan itu, Pengurus dan Penolong Pengurus komited dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat agar penduduk dapat melangkah maju ke hadapan seiring arus teknologi yang kian pesat membangun. Melalui PEDi juga, perkembangan kemajuan ekonomi setempat dapat ditingkatkan melalui penggunaan an kemudahan  penggunaan ICT. 

Untuk pengetahuan komuniti, sebanyak 12 Di untuk Fasa 1 dan 73 pusat untuk Fasa 2 dan kini terdapat banyak fasa-fasa yang baru telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Kami telah beroperasi hampir 14 tahun, dengan keahlian PEDi yang semakin meningkat yang terdiri daripada pelbagai golongan. Lebih membanggakan apabila ada yang mendaftar sebagai ahli di sini bukan datangnya daripada kampung ini sahaja, malah ada yang datang dari mukim lain serta kampung-kampung yang jauh daripada PEDi RTP SG ULAR.             

Terkini, PEDi sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut:E-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)E-Pembelajaran (e-Learning).

  • Pengumpulan dan Pertukaran Maklumat.
  • Pusat Komunikasi.
  • Pusat Pembangunan Aplikasi berdasarkan Perkongsian Perisian.
  • Pusat Peperiksaan dan Persijilan.
  • Khidmat nasihat yang berkaitan dengan ICT.
  • Perkhidmatan percetakan
  • Latihan secara percuma kepada semua golongan yang menjadi ahli
  • Zon tanpa wayar (wifi komuniti)

Kesimpulannya, segala kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Pi1M bertujuan membantu dan memajukan komuniti kampung sekaligus setanding dengan penduduk yang berada di bandar. Kami menjanjikan layanan dan perkhidmatan yang memuaskan untuk anda semua. Sebarang cadangan atau penambahbaikkan boleh dinyatakan dengan mengisi borang cadangan yang disediakan.

PENGENALAN PERKHIDMATAN WIFI KOMUNITI (WK)

Perkhidmatan WiFi Komuniti(WK) sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar(KTW) merupakan perkhidmatanWiFi secara‘hotspot’ dikawasan tumpuan.

WiFi secara‘hotspot’merujuk kepada titik capaian yang disediakan di setiap lokasi bagi membolehkan pengguna menggunakan internet melalui isyarat gelombangWiFi.

Kawasan tumpuan bagi KTW1M meliputi kawasan luar bandar terpilih yang mendapat kurang liputan internet.

 

TUJUAN & MATLAMAT PENUBUHAN

Penyediaan perkhidmatan capaianinternettanpa wayar secara kolektif kepada masyarakat luarbandardikawasan kurang liputan SECARA PERCUMA.

Menanamkan minat dan kesedaran tentang kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kehidupan seharian seiring dengan inisiatif WiFi Komuniti(WK) yangdirencanakan Kerajaan kearah memupuk masyarakat berilmu dan progresif.

 

 

WAKTU OPERASI

1

PERANAN PEDi

Geometric Organizational Structure Poster 1

 

PERKHIDMATAN DI PEDi RTP SG ULAR

KOORDINAT KEDUDUKAN PEDi RTP SG ULAR

KOORDINAT

 

MAKLUMAT PETUGAS PEDi -2023

maklumat petugas