PUSAT INTERNET  RTP SG ULAR,  mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang telah kami sediakan khususnya kepada penduduk komuniti.

PUSAT INTERNET RTP SG ULAR sebelum ini dikenali sebagai PUSAT JALURLEBAR KOMUNITI (PJK) RTP SG ULAR, namun kini telah berwajah baru hasil kolaborasi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan juga MSD Technology Sdn Bhd (MSDT) yang mana PUSAT INTERNET  (PI) merupakan projek yang dilaksanakan melalui Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Telekom Malaysia Berhad (TM) dilantik sebagai kontraktor utama, manakala MSD Technology Sdn Bhd (MSDT) sebagai penyelaras program dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Objektif program ini ialah untuk menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet bagi merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan komuniti di bandar. 

Sehubungan itu, Pengurus dan Penolong Pengurus komited dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat agar penduduk dapat melangkah maju ke hadapan seiring arus teknologi yang kian pesat membangun. Melalui PI juga, perkembangan kemajuan ekonomi setempat dapat ditingkatkan melalui penggunaan dan kemudahan  penggunaan ICT. 

Kami telah beroperasi hampir 8 tahun, dengan keahlian PIyang semakin meningkat yang terdiri daripada pelbagai golongan. Lebih membanggakan apabila ada yang mendaftar sebagai ahli di sini bukan datangnya daripada kampung ini sahaja, malah ada yang datang dari mukim lain serta kampung-kampung yang jauh daripada PI RTP SG ULAR.             

Terkini, PI sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut:

  • E-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
  • E-Pembelajaran (e-Learning).
  • Pengumpulan dan Pertukaran Maklumat.
  • Pusat Komunikasi.
  • Pusat Pembangunan Aplikasi berdasarkan Perkongsian Perisian.
  • Pusat Peperiksaan dan Persijilan.
  • Pusat pemeriksaan kesihatan (Tekanan Darah & Timbang berat badan)
  • Khidmat nasihat yang berkaitan dengan ICT.
  • Perkhidmatan percetakan
  • Latihan secara percuma kepada semua golongan yang menjadi ahli
  • Zon tanpa wayar (wifi) 

Kesimpulannya, segala kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di PI bertujuan membantu dan memajukan komuniti kampung sekaligus setanding dengan penduduk yang berada di bandar. Kami menjanjikan layanan dan perkhidmatan yang memuaskan untuk anda semua. Sebarang cadangan atau penambahbaikkan boleh dinyatakan dengan mengisi borang cadangan yang disediakan.

 

PENGENALAN PERKHIDMATAN WIFI KOMUNITI (WK)

Perkhidmatan WiFi Komuniti(WK) sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) merupakan perkhidmatan WiFi secara‘hotspot’ dikawasan tumpuan.

WiFi secara‘hotspot’merujuk kepada titik capaian yang disediakan di setiap lokasi bagi membolehkan 

pengguna menggunakan internet melalui isyarat gelombang WiFi.

Kawasan tumpuan bagi KTW1M meliputi kawasan luar bandar terpilih yang mendapat

 kurang liputan internet.

TUJUAN & MATLAMAT PENUBUHAN

Penyediaan perkhidmatan capaian internet tanpa wayar secara kolektif kepada masyarakat luarbandar di kawasan 

kurang liputan SECARA PERCUMA.

Menanamkan minat dan kesedaran tentang kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kehidupan seharian 

seiring dengan inisiatif WiFi Komuniti(WK) yang direncanakan Kerajaan kearah memupuk masyarakat berilmu dan progresif.

 

KONSEP HUB & SPOKE WK

 

 

 

Pelayan cache dipasang di hub yang berada di PI untuk kelancaran internet.

Hub berhubung kepada 5 spoke WK.

Setiap spoke berada dalam lingkungan 1 kilometer dari hub.

Liputan WiFi bagi setiap spoke adalah dalam lingkungan sehingga 250 meter.

Kelajuan internet bagi setiap hub dan spoke adalah 4Mbps.

VISI DAN MISI PUSAT INTERNET 

 

WAKTU OPERASI PI RTP SG ULAR

 

MAKLUMAT PETUGAS PUSAT INTERNET RTP SG ULAR

 

 PERATURAN DI PUSAT INTERNET RTP SG ULAR

 

KOORDINAT KEDUDUKAN PI RTP SG ULAR 

 

 

  

DASHBOARD KOMUNITI PI

 

 

APLIKASI DASHBOARD KOMUNITI MOBILE