Bukan di Kuantan, tetapi di Kuala Lipis.
Masjid Negeri Pahang yang pertama dibina pada tahun 1888 di Kuala Lipis, sewaktu ia menjadi ibu negeri Pahang. Masjid yang lebih dikenali sebagai Mardrasathus Firdaus adalah bangunan tertua di Kuala Lipis. Ia telah dibina oleh seorang saudagar dari Yaman yang bernama Habib Hasan dimana dia telah mewakafkan tanah tersebut untuk pembinaan masjid.
Pada awal pembukaan masjid tersebut, laki-laki pertama yang menjadi imam di situ adalah seorang pemuda Indonesia yang bergelar Imam Awang. Kemudian, seorang pemuda tempatan yang bergelar Imam Kawi telah menjadi imam masjid tersebut. Pada zaman itu, gaji imam dibayar menggunakan wang zakat, bukan daripada kerajaan negeri seperti waktu ini.
Katanya, masjid ini sangat istimewa. Walaupun ia dibina pada tahun 1888, ia tetap berdiri teguh dan tidak pernah ditenggelami banjir, walaupun Kuala Lipis telah beberapa kali menghadapi banjir besar sehingga diisytihar darurat.
Masjid Negeri Kuala Lipis adalah aset penting negeri Pahang yang wajib dipelihara. Adalah baik jika reka bentuknya dikekalkan agar nilai estetika masjid bersejarah ini tidak terhapus.
Sesiapa yang singgah ke Kuala Lipis, jangan lupa singgah ke masjid bersejarah ini ya.
Gambar sumber daripada AngelStarChristy.