×

Amaran

JFolder :: fail: jalan bukan folder. Jalan: /var/www/html/fasa1/pahang/rtpsgular/images/MEI_2024/usahawantempatan
×

Notis

There was a problem rendering your image gallery. Please make sure that the folder you are using in the Simple Image Gallery plugin tags exists and contains valid image files. The plugin could not locate the folder: images/MEI_2024/usahawantempatan

Usahawan tempatan bulan ini memperkenalkan Nurul Hafizatul Asma..Masih belia remaja dan berjiwa kental. Puan Asma memulakan perniagaan di rumah setelah melahirkan anak sulung.Sebelum mula berniaga beliau pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Tanjung Gahai setelah berkahwin,namun kerana kemalangan yang terjadi kepada suaminya memaksa beliau untuk bekerja di rumah untuk menjaga suami beliau yang sakit. Bermula dengan berniaga air tea pyor dan cendol,perniagaan dan produk beliau keluarkan sendiri semakin berkembang seperti cendol homemade,ayam crispy RM1,laksa penang ,mee kari dan pelbagai lagi makanan yang sentiasa bertukar menu setiap hari..Pada awalnya berniaga di tepi rumah nenek beliau,kini telah dapat membina gerai kecil di sebelah rumah nenek untuk kemudahan pelanggan minum di kedai dan COD. Beliau juga menerima tempahan pelbagai jenis makanan mengikut permintaan pelanggan.Air balang merupakan permintaan paling tinggi terutamanya semasa bulan puasa dan perayaan.

Untuk mendapatkan produk D' Kampung boleh hubungi puan Asma sendiri di talian 011-18710801

{gallery}MEI_2024/usahawantempatan{/gallery}