Nama

 : NUR QAIREEN ERYNA BINTI MOHD NOR HAFIZ

Umur

 : 12 TAHUN

Ahli

 : 2019

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan pada bulan September ini berkaitan dengan salah seorang ahli PEDi RTP Sungai Ular yang berumur 12 tahun. Adik Nur Qaireen Eryna merupakan pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Kampong Keledek. Adik Eryna juga adalah anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Adik Eryna tinggal Bersama dengan ibunya di perumahan staff Sime Darby Ladang Bukit Puteri. Waktu cuti sekolah, adik Eryna akan datang ke rumah datuknya di RTP Sungai Ular.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada mulanya adik Eryna hanya sekadar mendaftar keahlian di Pusat Internet ini bertujuan untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bersama dengan pusat internet. Selain itu untuk urusan mencetak dan fotokopi nota pembelajaran sahaja. Namun begitu, kekerapan tinggal di rumah datuknya menyebabkan adik Eryna seringkali mengunjungi PEDi RTP Sungai Ular bersama-sama kawan-kawannya untuk menghabiskan waktu terluang dengan membuka aplikasi Youtube sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas petugas membuat jadual aktiviti untuk kelas ICT, adik Eryna tidak melepaskan peluang menyertai setiap kelas yang dibuat. Daripada tidak cekap menaip menggunakan papan kekunci, adik Eryna kini telah mahir menggunakannya. Begitu juga dengan penggunaan Microsoft Office, beliau telah mahir dan mampu mengajar kawan-kawan yang kurang mahir lagi semasa di dalam kelas. Kini, adik Eryna dilatih untuk memahirkan diri membuat poster menggunakan aplikasi Canva.com dan juga melayari kemudahan internet secara berhemah.

Nama

 : NOR FAUZIMAH BINTI MAHMUD

Umur

 : 47 TAHUN

Ahli

 : 2017

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan Ogos 2022 pada kali ini bawakan tentang seorang  wanita dan juga ibu tunggal yang seringkali berulang-alik mengunjungi PEDi RTP Sungai Ular untuk menggunakan perkhidmatan komputer dan juga kemudahan mesin fotokopi. Puan Nor Fauzimah mempunyai dua orang cahaya mata dan tinggal di Kampung Tanjung Gahai terletak kira-kira 10km daripada PEDi RTP Sungai Ular. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada permulaannya, Puan Nor Fauzimah hanya datang untuk urusan fotokopi dan mencetak dokumen melalui perantaraan daripada petugas. Namun demikian, apabila dia sudah bergiat dalam bidang kesetiausahaan yang memerlukan beliau menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan dari semasa ke masa yang mana membawa beliau selalu datang ke PEDi RTP Sungai Ular untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan dengan tunjukajar petugas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah melalui beberapa kelas ict, Puan Fauzimah mampu mengendalikan komputer dengan baik, malahan boleh menyiapkan tugasan di dalam Microsoft Office tanpa bantuan petugas. Selain itu, beliau juga boleh menggunakan enjin carian sendiri serta memuatturun dan menghantar dokumen pdf melalui aplikasi whatsapp desktop.

 

Nama

 : NOR FARIDAH HANA BINTI ABDUL MALIK

Umur

 : 41 TAHUN

Ahli

 : 2013

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT pada bulan Jun 2022, kami memilih seorang wanita yang tinggal di Kampung Keledek, iaitu terletak kira-kira 5KM dari PEDi RTP Sungai Ular, iaitu Puan Nor Faridah Hana Binti Abdul Malek. Beliau merupakan ahli PEDi RTP Sungai Ular semenjak tahun 2013 lagi. Beliau merupakan lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan merupakan anak jati Pahang. Beliau telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai enam orang cahayamata yang masing-masing masih lagi di alam persekolahan. Beliau adalah suri rumah sepenuh masa sebelum bergiat aktif dalam kerja-kerja pengurusan kontrak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada awalnya beliau hanya menghantar anak-anak mempelajari penggunaan komputer dan bukanlah satu keperluan baginya. Oleh itu, penglibatan beliau sebelum ini adalah menggunakan perkhidmatan PEDi cukup sekadar atas urusan mencetak, photostat, pemeriksaan Kesihatan dan jemputan menghadiri program anjuran PEDi sahaja. Oleh hal yang demikian, beliau kurang menitikberatkan sangat penggunaan computer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Namun begitu, selepas beliau terlibat dalam projek-projek subkontrak di bawah Majlis Daerah, beliau mula menjinakkan diri dengan kelas computer. Oleh itu, beliau mengambil inisiatif untuk datang belajar menggunakan computer demi menyiapkan tugasan yang sedang dilaksanakannya. Pengenalan kepada computer dan internet diperkenalkan kepada beliau terutamanya cara mengendalikan computer dengan betul. Kini, proses pembelajaran secara berkala masih lagi dijalankan untuk memberikan banyak lagi ilmu terutamanya Microsoft Office dan juga aplikasi yang akan dikendalikan nanti. Beliau juga turut diberikan pendedahan cara menggunakan aplikasi Zoom Meeting untuk menyertai kursus secara dalam talian. Semoga semangat yang tidak pernah luntur pada diri beliau ini akan memberikan lebih kejayaan kepadanya nanti.

Nama

 : MOHD HAMDAN BIN SAMAH

Umur

 : 47 TAHUN

Ahli

 : 2022

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan pada kali ini, kami memilih seorang pemuda yang tinggal di Kampung Bertang, iaitu terletak kira-kira 15KM dari PEDi RTP Sungai Ular, iaitu Encik Mohd Hamdan Bin Samah. Beliau mendaftarkan diri sebagai ahli PEDi RTP Sungai Ular pada awal tahun 2022. Beliau merupakan seorang petani yang menjalankan kerja-kerja penanaman di Kawasan kampung beliau sendiri. Beliau telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai dua orang cahayamata yang masih lagi bersekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada awalnya beliau hanya sekadar datang untuk urusan mencetak, photostat,dan juga meminta bantuan petugas untuk mengisi borang persekolahan anak beliau dalam talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Namun begitu, selepas beliau ditawarkan mengikuti kursus pertanian dalam talian, beliau kerapkali datang ke PEDi RTP Sungai Ular untuk mendapatkan tunjukajar melalui petugas cara untuk mengendalikan computer dan juga membuat kertas kerja. Petugas sedaya upaya membantu memberi tunjuk ajar kepada beliau terutamanya dalam asas Microsoft Office dan juga penggunaan aplikasi Zoom Meeting untuk memudahkan beliau berurusan dengan pihak yang terbabit. Beliau juga tidak segan silu bertanya apa-apa yang berkaitan dengan Microsoft Office kerana beliau ingin menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sempurna. Hasilnya, beliau sekarang sudah pandai menaip surat menggunakan Microsoft Office Word dan mengisi borang dalam talian. Petugas juga menggalakkan beliau selalu datang berkunjung ke PEDi RTP Sungai Ular untuk terus belajar banyak lagi modul atau apa-apa yang tidak difahami terutamanya pada waktu terluang pada masa akan datang.

Nama

 : MUHAMMAD FIRASH RIZQIN BIN KHAIRUL RAZLAN

Umur

 : 9 TAHUN

Ahli

 : 07 JANUARI 2022

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Mei 2022 kali ini kami memilih Adik Muhammad Firash Rizqin yang dilahirkan pada 23 Ogos 2013 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Adik Firash merupakan anak sulung daripada 3 berada yang kini menetap di Kg. RTP Sungai Ular. Adik Firash belajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum melibatkan diri dengan program pusat internet, adik Firash selalu mengikut ibunya menggunakan perkhidmatan di pusat internet. Ketika itu, beliau hanya melihat rakan-rakan sebaya sedang menggunakan perkhidmatan komputer. Leka melihat rakan-rakan, ibunya menyuarakan hasrat untuk menghantar adik Firash mengikuti setiap program atau kelas yang dianjurkan di pusat internet. Pada cuti musim sekolah, adik Firash hadir mengikuti aktiviti yang dianjurkan. Bermula dari itu, beliau telah ada kesedaran dalam diri bahawa pentingnya penggunaan computer serta teknologi pada kini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Peringkat awal penglibatan dengan pusat internet, tahap pengetahuan ICT beliau boleh dikategorikan kurang mahir serta kurang keyakinan diri untuk menonjol dalam kalangan rakan-rakannya. Namun sepanjang mengikuti program di pusat Internet, beliau telah mengikuti pelbagai kelas Komputer seperti Asas penggunaan Komputer, Kelas e-learning dan kelas Microsoft Office. Kelas yang diikuti dalam bentuk berkumpulan juga menjadikan beliau lebih yakin untuk bergaul dengan orang ramai. Ini menjadikan beliau lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak kelas ICT yang dianjurkan di pusat internet untuk menambah ilmu pengetahuan beliau terutamanya dapat menggunakan kcomputer dan internet dengan cara yang lebih bijak.