Nama : Maslia Suhainah Binti Satmi 
 Umur : 25 Tahun
 Ahi : 2016

 

Latar belakang

Puan Maslia merupakan ahli PI RTP Sungai Ular yang tinggal di Kampung Keledek. Beliau merupakan seorang suri rumah. Sepenuh masa. Kehidupan beliau sebelum ini adalah hanya di rumah sahaja. Namun begitu, beliau telah mengambil inisiatif dengan menceburi bidang perniagaan atas talian, iaitu menjadi agen kepada produk pakaian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya beliau hanya datang ke Pusat Internet sekadar untuk menggunakan perkhidmatan percetakan dan internet sahaja. Hal ini kerana beliau kurang pengetahuan dalam bidang teknologi untuk mempromosikan produk yang dijual.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti Kelas Keusahawanan baru-baru ini, beliau semakin yakin dan berani untuk mempromosikan produk yang dijual. Malahan beliau juga sudah mampu membuat ayat iklan yang menarik. Selain itu juga, beliau telah membuat promosi dengan membuka akaun jualan di dalam shopee untuk melariskan lagi jualan beliau.

Nama : Roslina Binti Roslan
Umur :38 Tahun
Ahli :2013

 

Latar belakang

Puan Roslina Roslan merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau berkecimpung dalam dunia perniagaan kecil-kecilan untuk membantu menambahkan pendapatan keluarga.Oleh hal yang demikian,beliau telah mengambil inisiatif membuat produk sendiri iaitu Produk Kerabu Kantan Ikan Bilis Garing.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada asalnya beliau kurang mahir menggunakan komputer. Namun begitu, beliau datang ke Pusat Internet untuk menimba pelbagai ilmu keusahawanan secara percuma dan juga melalui pembelajaran secara berkumpulan atau juga secara perseorangan melalui cara menghubungi petugas pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas usahawan dan juga kelas ICT yang disediakan di Pi, kemahiran menggunakan komputer dan kemahiran berniaga semakin bertambah. Beliau juga semakin yakin untuk memgembangkan perniagaan secara online.Malahan beliau juga turut diajar cara mengambil gambar produk serta memasukkan copywriting yang sesuai dengan produk yang telah diusahakannya.

Nama

: Nursafarah Binti Hassan

Umur

: 36 tahun

Ahli

: 2016

Latar belakang

Merupakan suri rumah sepenuh masa serta ibu kepada 4 orang cahaya mata.Beliau mengusahakan membuat kuih muih secara kecil-kecilan dan diletak di kedai makan berhampiran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang mahir menggunakan komputer dan mencari maklumat di internet. Oleh sebab itu, beliau hanya membuat promosi secara langsung sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas usahawan dan juga kelas ICT yang disediakan di PI RTP Sunga Ular, kemahiran menggunakan komputer dan kemahiran berniaga semakin bertambah. Beliau juga semakin yakin untuk memgembangkan perniagaan secara online. Hal ini kerana beliau telah memasarkan produk Karipap Frozen Homemade tersebut di kedai-kedai kawasan Felda dan juga menerima tempahan secara langsung.

Nama : Adila Binti Razali
Umur  : 11 Tahun
Ahli     : 2016

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q3 2020, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet RTP Sungai Ular yang bernama Adila Binti Rzali. Beliau telah menjadi ahli pusat internet pada tahun 2016 lagi sekaligus telah mengikuti bermacam jenis kelas ICT yang dianjurkan oleh PI RTP Sungai Ular sehingga habis semua modul yang telah ditetapkan oleh pihak pusat internet. Sekarang adik Adila berumur 11 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampong Keledek, terletak kira-kira 5KM dari kawasan Kampung RTP Sungai Ular.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan kelas yang dianjurkan di pusat internet, adik Adila kurang mahir dalam penggunaan komputer dan ICT. Namun begitu, beliau sering mengunjungi Pusat Internet RTP Sungai Ular apabila tiba musim cuti sekolah dan mengikuti setiap kali Program Kem Cuti Sekolah diadakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sifat suka bertanya apa-apa yang tidak difahami menyebabkan adik Adila semakin mahir menggunakan komputer dan ICT. Beliau semakin mahir dalam menggunakan Microsoft Office, membuat emel, dan mencuba membuat video kreatif menggunakan aplikasi asas Video Maker yang telah diajar oleh petugas. Adik Adila sentiasa bersemangat serta seronok untuk belajar sesuatu yang baru berkaitan dengan computer dan internet yang mana ianya dapat menambah lagi ilmu pengetahuan untuk dirinya.  

 

Nama

: Norhasnahliza Binti Murad

Umur

: 39 tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Beliau merupakan seorang suri rumah yang sedang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan membuat makanan Western dan pelbagai jenis kuih dan kek.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang mempraktikkan penggunaan internet dalam mempromosikan produk-produk jualannya dan hanya menggunakan promosi  secara lisan sahaja dengan bantuan keluarga dan kawan-kawan yang rapat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun begitu, beliau tidak betah dan terus berusaha untuk menimba ilmu mempromosikan produk dengan lebih efisyen lagi. Oleh sebab itu, beliau telah mengikuti kursus asas perniagaan secara dalam talian hasil kerjasama daripada pihak KEMAS Cameron Highlands dan Petugas PI RTP Sungai Ular sebagai tenaga pengajar. Setelah dilatih dan diberi tunjuk ajar dan latihan intensif berkaitan dengan Microsoft Office beliau boleh menggunakan perisian tersebut dengan lebih baik. Selain itu juga, kemahiran menggunakan komputer dan kemahiran berniaga semakin bertambah. Beliau juga semakin yakin untuk mempromosikan produk-produk perniagaan tersebut bukan sahaja secara lisan, malahan turut mempromosikan melalui media sosial, antaranya Facebook yang diberi nama Sofea Aizad dan juga melalui Whatsapp group dan status.