MAKLUMAT AM

Pada asalnya nama kampung RTP Sungai Ular berasal dari nama sebatang anak sungai yang terdapat di kampung ini iaitu Sungai Ular. Kampung ini telah mula dibuka pada tahun 1969 oleh Jabatan Pertanian Negeri Pahang dan kemudiannya telah diambil alih oleh Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri pahang (LKPP) khusus untuk belia-belia dalam Daerah Lipis yang kemudiannya dinamakan Rancangan Tanah Pemuda (RTP). Pada tahun 1973, kawasan perumahan telah dibina oleh pihak LKPP yang disediakan untuk setiap peserta. Maka setelah itu barulah peserta-peserta Rancangan Tanah Pemuda ini dibenarkan untuk mendirikan rumah tangga. Setelah beberapa tahun, jumlah peserta yang pada asalnya seramai 100 orang telah berkurangan menjadi 54 orang sahaja sehingga ke hari ini, kerana ada yang tidak mampu untuk menempuhi cabaran dan rintangan semasa penerokaan tanah di sini, tidak kurang juga ada  yang mendapat peluang pekerjaan di tempat lain. Namun, saban tahun populasi penduduk di kampung RTP Sungai Ular ini semakin bertambah. Hal ini kerana ramai anak peneroka yang pada asalnya telah berhijrah ke bandar yang lebih pesat membangun selepas tamat persekolahan telah kembali semula ke kampung untuk sama-sama mengerjakan tanah ladang dan juga menjaga orang tua masing-masing. Malahan, ada yang telah berkahwin dan membina rumah bersebelahan dengan kediaman orang tua.

Sumber: Dari orang perseorangan salah seorang penduduk kampung.

 

MAKLUMAT LOKASI KAMPUNG

PETA LOKASI 

TABURAN PENDUDUK

STATISTIK PEKERJAAN PENDUDUK RTP SG ULAR

KAMPUNG SEKITAR PI RTP SG ULAR