#PAHANG: Antara aksi peserta larian Taman Negara Ultra 2024 yang berlangsung di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut.
Acara yang julung kali diadakan itu disertai 600 peserta daripada 13 negara dengan cabaran untuk menempuh kawasan hutan dan berbukit berketinggian melebihi 400 meter, disamping itu, pelari juga perlu merentasi beberapa anak sungai dan sebuah perkampungan Orang Asli.
Larian Taman Negara Ultra itu dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu 50 km, 30 km dan 15 km dengan peserta dikehendaki menamatkan larian mereka dalam tempoh yang ditetapkan.
📸 Nazirul Roselan | BERNAMA