Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyedari kepentingan dalam menyediakan program-program pengajian yang holistik termasuk pengurusan halal bagi memberikan nilai tambah serta melahirkan graduan yang dilengkapi dengan ilmu yang merentas disiplin dan diperlukan dalam dunia pekerjaan yang dinamik.
Antara enam (6) UA yang menyediakan program-program tersebut ialah:
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) - memperkenalkan program melalui International Institute for Halal Research and Training (INHART) sebagai usaha menjadikan Malaysia sebagai hab halal global;
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - mempunyai program yang dirangka dalam menggunapakai modul Halal Quality Management System – SMIIC OIC yang merupakan standard piawaian yang digunakan oleh Board of Directors Standard and Metrology Institute for Islamic Countries (SMIIC);
Universiti Putra Malaysia (UPM) - menyediakan program holistik berkaitan Pengurusan Halal yang diterapkan dalam kursus program prasiswazah di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan;
Universiti Utara Malaysia (UUM) - melalui Islamic Business School (UUM IBS) yang memfokuskan kepada penghasilan graduan dalam bidang pengurusan perniagaan termasuklah dalam aspek pengurusan halal; dan
Universiti Teknologi MARA (UiTM) - melalui Fakulti Pengurusan dan Perniagaan yang menawarkan kursus jangka pendek iaitu kursus International Halal Supply Chain.
YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir
Menteri Pendidikan Tinggi
Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat,
Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Kelima Belas Tahun 2024
14 November 2024 I Parlimen, Kuala Lumpur
View the embedded image gallery online at:
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan#sigFreeId149b4cd69a
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan#sigFreeId149b4cd69a
Permohonan kemasukan ke Tahun Satu KPM bagi kemasukan 2025 hanya dibuka untuk murid yang memenuhi syarat berikut:
Ibubapa boleh semak penempatan kelulusan anak Darjah 1 sesi 2025/2026 mulai 1 OKTOBER 2024.
Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2025/2026
Semak di sini :
Langkah-langkah
Step 1 - Login
Step 2 - klik Aplikasi
Step 3 - klik Pengurusan Awam Kementerian Pendidikan
Step 4 - Klik Button 3 garis di bahagian atas sebelah kiri
Step 5 - klik Permohonan Kemasukan
Step 6 - Klik Pendaftaran Tahun 1 2025
Final - Keputusan Semakan Pendaftaran
View the embedded image gallery online at:
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan#sigFreeIdbd11e64f8e
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan#sigFreeIdbd11e64f8e
Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan 4 2025 kini dibuka mulai 06 ogos hingga 06 September 2024
MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.
Sila klik pautan permohonan >> https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
Syarat dan Pilihan Program MRSM >> https://tinyurl.com/yc747f2e
View the embedded image gallery online at:
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan#sigFreeIdb621ab1214
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan#sigFreeIdb621ab1214
Penggunaan DELIMa memudahkan pembelajaran digital untuk semua warga pendidikan, baik guru mahupun murid.
Menggunakan DELIMa, anda boleh mengakses pelbagai sumber serta bahan pembelajaran yang menarik dan interaktif.
Jom ketahui cara untuk log masuk ke pelantar DELIMa.
View the embedded image gallery online at:
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan#sigFreeId4a294bb5f5
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan#sigFreeId4a294bb5f5
INFO KPM: Permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) bagi tahun 2025 secara dalam talian.
Permohonan dibuka mulai 15 Julai hingga 15 September 2024 melalui pautan https://essem.moe.gov.my/
View the embedded image gallery online at:
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan#sigFreeId2572f5f246
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan#sigFreeId2572f5f246