BERITA BAIK UNTUK BAKAL MAHASISWA/I ANAK PAHANG!

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) telah menaikkan kadar Geran Bantuan Ke Institusi Pengajian Tinggi mulai 1 Jun 2023.

Permohonan boleh dibuat di portal YP: www.yp.org.my. Tertakluk kepada terma dan syarat.

#Pahang1st
#MajuterusPahang
#yp4u #yayasanpahang #geranbantuan

 

Pendaftaran Murid Tahun 1 kalendar akademik sesi 2024/2025 dibuka pada 2 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023. Pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat melalui Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di laman sesawang https://idme.moe.gov.my 

 

Kanak-kanak yang layak memohon:

Kanak-kanak Warganegara Malaysia yang lahir dari 2.1.2017 hingga 1.1.2018

 

Berikut langkah-langkah pendaftaran :

 

Manual Pengguna Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) boleh didapati melalui Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) (moe.gov.my), sekiranya pengguna terlupa kata laluan atau daftar baru. Jika perlukan bantuan, boleh datang ke Pusat Internet Komuniti RTP Sg Ular.

 

 

 

pismp 2023

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020, 2021 dan 2022 yang berkelayakan, berpotensi, berminat serta beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pendidikan Islam. Permohonan dibuka bermula 15 Mac - 14 April 2023. Layari https://pismp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut dan permohonan.

Pengambilan Guru Secara Besar-besaran 2023! 

Bermula hari ini, Kementerian Pendidikan (KPM) membuka pengambilan khas perjawatan guru secara sekali pengambilan atau ‘one-off’ bagi mengatasi masalah kekurangan guru membabitkan 19,000 kekosongan seluruh negara,bermula 7 April 2023 (Jumaat).

Bagi mereka yang bukan ijazah pendidikan juga layak untuk memohon!

Pautan mySPP : https://myspp.spp.gov.my

Pengambilan Guru 2023 'one-off' :
https://www.sistemguruonline.my/.../pengambilan-khas-spp...

Saluran terpantas informasi terkini dan jawatan kosong:
https://t.me/sistemguruonline

340172075 198344332931560 509105246650251778 n