Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) RTP Sg.Ular ada menyediakan kelas interaktif ICT sepanjang cuti sekolah ini mengikut SOP yang telah ditetapkan. Komuniti yang ingin mendaftarkan anak-anak boleh terus berhubung dengan petugas PEDi RTP Sungai Ular untuk maklumat lanjut. 

"Sejak Pandemik melanda, anak-anak asyik leka dengan telefon pintar. Bukan buat kerja sekolah pun, banyak main game, tengok Youtube, suruh baca buku tak nak"

Mesti ramai ibubapa mengadu hal ini bukan? Budaya membaca makin lama makin terhakis di dalam diri pelajar. Apa kata kita beri keseronokan Membaca melalui BUKU DIGITAL secara PERCUMA? 

Jom layari Pembacaan secara DIGITAL di PUSTAKA MAYA KOMUNITI MERAPOH 

โœ…Pelbagai pilihan buku yang sgt menarik (buku kanak-kanak, buku teks sekolah, buku rujukan)
โœ… Mengisi masa lapang anak-anak
โœ… Meningkatkan minat membaca

๐Ÿ“š๐Ÿ“š Boleh klik link dibawahโคต๏ธ
https://anyflip.com/bookcase/hbnjn

Sumber : PIK Kampung Merapoh

Simposium Intervensi Awal & Pendidikan Inklusif 2021.
29-30 Oktober 2021 | Sabtu & Ahad
Tarikh tutup pendaftaran peserta pada 27 Oktober 2021.

Program ini dikhususkan untuk melatih guru tadika swasta dalam perkhidmatan, bagi mendapatkan kelayakan akademik minimum Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK). Program pengajian yang ditawarkan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan ikhtisas dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan guru tadika swasta mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program ini ditawarkan di kampus terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, khususnya dalam pendidikan prasekolah.