"Sejak Pandemik melanda, anak-anak asyik leka dengan telefon pintar. Bukan buat kerja sekolah pun, banyak main game, tengok Youtube, suruh baca buku tak nak"

Mesti ramai ibubapa mengadu hal ini bukan? Budaya membaca makin lama makin terhakis di dalam diri pelajar. Apa kata kita beri keseronokan Membaca melalui BUKU DIGITAL secara PERCUMA? 

Jom layari Pembacaan secara DIGITAL di PUSTAKA MAYA KOMUNITI MERAPOH 

โœ…Pelbagai pilihan buku yang sgt menarik (buku kanak-kanak, buku teks sekolah, buku rujukan)
โœ… Mengisi masa lapang anak-anak
โœ… Meningkatkan minat membaca

๐Ÿ“š๐Ÿ“š Boleh klik link dibawahโคต๏ธ
https://anyflip.com/bookcase/hbnjn

Sumber : PIK Kampung Merapoh

Program ini dikhususkan untuk melatih guru tadika swasta dalam perkhidmatan, bagi mendapatkan kelayakan akademik minimum Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK). Program pengajian yang ditawarkan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan ikhtisas dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan guru tadika swasta mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program ini ditawarkan di kampus terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, khususnya dalam pendidikan prasekolah.

Syabas dan tahniah admin ucapkan kepada para pelajar SPM 2020 kerana telah mendapat keputusan peperiksaan pada hari ini. Walau apa pon keputusannya, tetap tenanglah kerana pembelajaran dan peperiksaan yang telah dilaksanakan di dalam keadaan pandemik ini merupakan satu cabaran dan ujian yang sangat getir kepada para pelajar. Semoga keputusan yang dapat pada hari ini menjadi pencetus semangat untuk lebih berjaya pada masa hadapan.

Permohonan Murid ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia Tahun 2022 kini dibuka. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my bermula 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021.
Kita sekarang sedang berhadapan dengan situasi cukup mencabar dimana peningkatan kes terkini banyak berkaitan dengan Kluster Pendidikan. Hal ini kerana situasi di sekolah bukan semudah yang diperkatakan oleh para ibu bapa. Hal ini kerana gelagat dan aksi para pelajar yang kadang-kadang di luar kawalan para guru, contohnya berlari ke sana sini. 
 
Oleh itu,antara basic SOP yang dapat menyelamatkan institusi pendidikan kita dari menjadi pusat penularan adalah dengan memastikan pematuhan pemakaian pelitup muka teruatama dikalangan guru guru. Namun demikian, ramai guru yang mengadu sukar untuk mengajar dengan pelitup muka kerana suara tidak didengari dan perit tekak untuk menjerit.Oleh hal yang demikian, angkah pencegahan berikutnya adalah dengan memakai Face Shield. Walaupun tidak sebaik facemask, sekurang kurangnya ada pelindung untuk elak titisan air dari tersebar.
.
Kehidupan perlu di teruskan, anak anak kita perlu terus belajar untuk menuntut ilmu dan kita semua perlu belajar untuk hidup bersama covid seperti mana kita hidup dengan penyakit berjangkit lain.
Bacaan lanjut