Pembukaan kembali sesi persekolahan 2021 akan dilaksanakan pada tarikh yang telah ditetapkan. Hal ini kerana berikutan kes Pandemik Covid-19 yang semakin meningkat baru-baru ini telah menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah menunda seketika sesi persekolahan yang sepatutnya dilaksanakan pada 4 Januari 2021. Namun begitu, inisiatif PDPR yang diarahkan oleh kementerian kepada semua guru telah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dengan mendapat kerjasama yang baik daripada semua ibu bapa dan murid-murid. Oleh itu, setelah kes semakin menurun, pihak KPM telah membuat keputusan untuk membuka kembali sesi persekolahan secara bersemuka dan berperingkat mengikut jadual berikut.