Gangguan seksual adalah sebarang bentuk perhatian seksual baik yang diucapkan atau perbuatan bersifat seksual (disengajakan atau berulang-ulang) yang membawa kesan gangguan emosi, psikologi atau fizikal, yang tidak diundang, atau tidak disenangi.
Antara jenis-jenis gangguan seksual adalah gangguan secara fizikal, gangguan secara lisan, gangguan secara visual dan gangguan secara psikologi.
Gangguan secara fizikal adalah segala bentuk perbuatan fizikal dalam jarak yang terlalu rapat sehingga menjurus kepada rasa kurang selesa. Gangguan secara lisan adalah segala jenis pertuturan yang berunsur seksual seperti perbualan, jenaka atau usikan bunyi. Gangguan secara visual adalah menghantar mesej berunsur seksual menerusi media elektronik atau atas talian dan gangguan secara psikologi adalah segala bentuk perbuatan yang cuba mempengaruhi, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk bagi memenuhi keinginan seksual.
Sekiranya anda mengalami gangguan-gangguan seperti ini, segeralah laporkan kepada pihak berwajib. Jangan biarkan hidup anda dibelenggu dengan masalah ini. Bertindak secara bijak, anda mampu mencegahnya!
 
Sumber: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat