TARIKH : 2 MAC 2024 TEMPAT: Masjid RTP Sg.Ular Sempena kedatangan ramadan 1445 pada 12 Mac selasa, seorang warga emas memberi sedekah seekor lembu untuk jamuan makan sekampung yang diadakan secara gotong royong bagi jamuan makan tersebut.Turut di adakan majlis tahlil dan doa selamat bagi penduduk kampung. Di kesempatan ini Jawatankuasa Pembangunan kdan Keselamatan Kampung (JPKK) telah mengagihkan sumbangan ramadan bagi semua penduduk kampung RTP Sg.ular. Setelah selesai program kaum wanita terus mengadakan gotong royong membersihkan kawasan masjid untuk keselesaan jemaah berterawih pada ramadan.

jpkk

jpkk1

 WhatsApp Image 2024 03 20 at 10.19.17

jpkk 2

Satu program  anjuran Kemas Cameron Highlands bersama dengan Jawatankuasa Masjid RTP Sg Ular untuk mengadakan  'Kursus Pengurusan Jenazah' .

 

Tarikh: 10hb June 2023 (Sabtu)

Tempat: Masjid RTP Sg Ular

Masa: 8:30 pagi hingga 1.00 petang.



Program ini terbuka kepada lelaki dan wanita tanpa mengira had umur.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir. Tiada yuran yang dikenakan.

 

 

 

KURSUS UMRAH PERCUMA BERSAMA PENCETUS UMMAH MUSIM KE 2 (PU LOKMAN)

Muslimin muslimat dijemput hadir untuk mengikuti Kursus Umrah seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16/7/2023
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 t/hari
Tempat : Masjid RTP Sg. Ular
27200 Kuala Lipis, PAHANG

Pencerah : PU Lokman

Mohon sebarkan kepada semua kenalan majlis ilmu ini untuk bersama dengan PU Lokman..

Jom beramai2...

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

019-989 3287 ( Cg Di )

 

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI RTP SG ULAR 2023/1444H

Dengan Segala hormatnya menjemput Semua Komuniti Kampung untuk menghadiri majlis seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 14 MEI 2023 (AHAD)
Masa : 10.00pg - 1.00ptg
Tempat : Dewan Orang Ramai RTP Sg Ular

 

 

 

Semoga dengan kehadiran semua dapat mengeratkan silaturahim dan memeriahkan lagi majlis

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.