Pada 13 April 2023 (Khamis) Menteri Besar Pahang telah menyampaikan Sumbangan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) di daerah Lipis iaitu di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Lipis .
Sumbangan melibatkan empat rancangan sosial iaitu Rancangan Penempatan Semula (RPSK) Merapoh, Jerkoh, Peruang dan Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Sg. Ular melibatkan 886 orang peserta yang akan menerima wang tunai sebanyak RM700 setiap seorang.
Selain itu, PKPP juga turut menyampaikan sumbangan kepada Masjid Daerah Lipis sebanyak RM1,000, masjid dan surau dalam rancangan sosial PKPP di daerah Lipis sebanyak RM750 yang melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM4,000.
Sumbangan juga turut diberikan kepada tabung JPKK RPSK Merapoh, Peruang, Jerkoh dan RTP Sg. Ular yang menerima sumbangan RM2,500 ringgit setiap rancangan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM10,000 ringgit.
Malah, majlis pada hari ini juga turut menyalurkan Bantuan Khas Aidilfitri 2023 kepada Pengerusi JPKK, JPKKOA, Tok Batin, Setiausaha JPKK dan Ibu Tunggal bagi DUN Benta, Cheka dan Padang Tengkuyang melibatkan 325 orang penerima dengan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM85,100.
Beliau berharap menerusi sumbangan ini ia akan dapat meringankan beban penerima dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.
 340967232 244926884565053 9177954728986853881 n WhatsApp Image 2023 04 13 at 15.48.32
 

Alhamdulillah.. untuk sesi baru 2023..JPKK bagi Dun Jelai masih mengekalkan AJK lama dari 2022..

Mesyuarat pertama sesi 1/23

Tarikh : 19.3.2023 (9.00pm- Ahad)

Tempat : Balairaya RTP Sg.Ular..

Antara cadangan bagi Fasa 1 (Jan- Jun 2023)

1) Sumbangan beras+kurma bagi bulan ramadan setiap komuniti  Kg Sungai Ular

2) Jamuan Raya bersama Komuniti Kampung RTP Sg.Ular

Kerjasama bersama warga emas perlu diterapkan di kalangan AJK untuk keperluan bersama dalam pembangunan dan silaturahim dalam kampung.

WhatsApp Image 2023 03 20 at 09.43.39 1 WhatsApp Image 2023 03 20 at 09.43.39