Cuaca panas dan kering adalah fenomena yang biasa di kawasan tropika seperti Malaysia. Suka atau tidak kehidupan kita dipengaruhi oleh keadaan cuaca harian. Cuaca panas dan kering adalah fenomena yang biasa di kawasan tropika seperti Malaysia. Pendedahan kepada cuaca panas adalah salah satu penyebab yang menyumbang kepada peningkatan kedatangan pesakit ke klinik, bilangan kemasukan ke hospital dan malahan kematian dari sesuatu penyakit tertentu terutamanya di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi. Kesan Kesihatan akibat dari Pendedahan kepada Cuaca Panas Apakah kesan kesihatan berkaitan dengan panas? Cuaca panas adalah tekanan fizikal kepada badan manusia. Kesan kesihatan adalah berbagai dari sederhana (mild) kepada teruk seperti strok haba, yang boleh menyebabkan maut. Masalah berkaitan kesihatan boleh terjadi di berbagai tahap suhu disebabkan oleh; Pakaian yang pelbagai jenis, keadaan pekerjaan, aktiviti fizikal dan beban kerja. Kumpulan umur Kecergasan individu Kesan kesihatan berkaitan cuaca panas termasuk; Keletihan/kelesuan akibat dari panas (heat fatigue) Pitam/pengsan akibat dari panas (heat syncope) Kekejangan akibat dari panas (heat cramps) Keletihan/kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion) Strok akibat dari panas (heat stroke) Tanda dan gejala kesihatan berkaitan dengan panas Bagaimanakah saya mengetahui yang saya menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas? Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai bergantung kepada keterukan keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasa termasuk; Sakit kepala Keletihan Tumpuan lemah Pening Lemah otot–otot badan atau kekejangan Mual dan muntah Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan, dan koma (tidak sedarkan diri). Komplikasi (kerumitan) Apakah keadan yang paling teruk boleh berlaku disebabkan masalah berkaitan panas? Strok panas boleh menyebabkan maut Kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati Kumpulan Berisiko Siapakah yang berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan panas? Semua orang adalah berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas. Walau bagaimanapun, kumpulan tertentu adalah lebih berisiko untuk menghadapi kesan kesihatan. Kumpulan ini termasuk; Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, dan lain-lain. Orang dewasa (orang yang berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda). Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung Mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid. Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat, yang menghalang panas keluar dari penyejatan/pengeringan peluh. Pencegahan Bagaimanakah saya boleh mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat daripada cuaca panas? “Mencegah adalah baik daripada mengubati”. Terutamanya untuk mereka yang di klasifikasikan dalam kumpulan yang berisiko tinggi, mereka adalah dinasihatkan untuk berhati-hati dengan kemungkinan tersebut. Di bawah adalah tip–tip pencegahan: Perlu Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh. Berada di dalam rumah/bangunan Hadkan aktiviti luar Berehat dengan kerap Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan anda Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang, dan longgar. Pakai topi atau payung yang besar Jangan/ tidak perlu Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi. Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup. Bersenam dalam cuaca panas Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas? Ingat tip–tip di bawah; Keluar dari kawasan yang panas Tanggalkan pakaian yang ketat Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan Gunakan kipas untuk sejukkan badan Minum air setiap 15 minit Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal Apakah perlu dilakukan jika saya menghadapi kekejangan otot? Keluar dari kawasan yang panas Meregangkan otot-otot yang terlibat Letakkan bungkusan ais/air batu Minum air setiap 15 minit Hindari aktiviti fizikal yang lasak untuk hari tersebut Dapatkan nasihat perubatan dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda amaran seperti di bawah: Panas, kulit kering, tetapi tidak berpeluh Kekeliruan/kebingungan Kerap muntah Susah bernafas

 

penyakit jantung

Percayakah anda? Pasangan yang mementingkan penjagaan kesihatan jantung akan hidup lebih sihat dan sejahtera. Ikutilah 5 tip-tip berikut untuk menjaga kesihatan jantung dan serlahkan jiwa muda anda bersama orang tersayang.

1.      KEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT

Berat badan yang sihat ialah indeks jisim tubuh (IJT) di antara 18.5 dan 24.9. Anda disarankan untuk mengurangkan berat badan jika IJT anda melebihi tahap 25 kerana ia dapat membantu mengurangkan tahap gula darah dan tekanan darah anda.

2.      KEKALKAN TAHAP KOLESTEROL, TEKANAN DARAH DAN GULA DARAH DALAM LINGKUNGAN NORMAL

Lakukan pemeriksaan tahunan yang lengkap bagi memantau tahap kolesterol, tekanan darah dan gula darah bagi mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Amalkan diet yang seimbang dan teruskan gaya hidup yang aktif.

3.      AMALKAN DIET YANG BAIK UNTUK JANTUNG

Pilih makanan yang rendah dengan lemak tepu dan kolesterol. Pilih bahagian daging yang kurang berlemak, dan kurangkan makanan bergoreng. Makan ikan setiap hari dan pilih ikan laut dalam (contoh Ikan Salmon atau Sardin) 2 kali seminggu. Makan buah-buahan dan sayuran kerana merupakan sumber serat, vitamin-vitamin dan mineral, serta fitokimia yang baik untuk jantung anda. Di samping itu, adalah digalakkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan gula.

4.      KEKAL AKTIF SECARA FIZIKAL

Tabiat bersenam membantu mengekalkan tahap tekanan darah, gula darah dan kolesterol darah dalam lingkungan yang sihat. Pilihlah aktiviti yang anda suka, dan tingkatkan kekerapan anda mengikut masa.

5.      PENGURUSAN STRES

Jangan pandang stres sebelah mata. Stres yang berlebihan mungkin merupakan punca tekanan darah meningkat dan meningkatkan bebanan terhadap jantung kita. Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti yoga dan meditasi kerana ia dapat membantu menenangkan diri dan mengurangkan stres.

sumber: anlene.com

 

Pemilihan makanan yang bersih dan selamat perlu dititikberatkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti penyakit bawaan air dan makanan, khususnya keracunan makanan.

Punca utama keracunan makanan adalah apabila seseorang individu memakan makanan atau meminum minuman yang telah tercemar dengan bahan pencemar seperti kuman, serpihan kaca, logam dan sebagainya akibat amalan pengendalian makanan yang kurang bersih dan tidak selamat.

Pengguna dinasihatkan untuk perhati dan pilih sebelum membeli makanan atau minuman. Sekiranya pengguna mempunyai kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq

 

Pemberian imunisasi pneumokokal adalah bertujuan untuk mencegah penyakit yang berpunca daripada jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae yang boleh mengakibatkan radang telinga tengah, radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis).
Pemberian vaksin pneumokokal dapat mengoptimumkan perlindungan daripada penyakit pneumokokal invasif dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat suntikan imunisasi pneumokokal dengan membuat janji temu di klinik kesihatan berhampiran.
 
 
Kes positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan atau isolasi selama 5 hari dari tarikh bermula gejala. Kes juga dinasihati untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah, elak berada di tempat yang sesak, dan elak melawat kumpulan berisiko tinggi sehingga hari ke-10.
Selain itu, kontak rapat kepada kes COVID-19 digalakkan untuk melakukan kuarantin kendiri sekiranya mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selesema, melakukan ujian pengesanan COVID-19 RTK (Ag) kendiri serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan.