Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selesema (flu) yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti:
1. kanak-kanak
2. warga tua
3. wanita mengandung
4. mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain.
Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan berisiko tinggi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kematian.
Sehubungan itu, orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya adalah amat digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?start=15#sigFreeId90ebabba60
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?start=15#sigFreeId029a553cd4
Sempena musim haji yang bakal menjelang tidak lama lagi, ramai jemaah haji akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah tersebut.
Jemaah haji terutamanya warga emas lazimnya akan membawa ubat-ubatan ke Tanah Suci.
Ubat-ubatan perlu disimpan dengan betul sepanjang perjalanan ke Tanah Suci bagi memudahkan pengambilannya seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi.
Oleh itu, jemaah haji disarankan untuk mengikuti panduan pengurusan ubat-ubatan dalam perjalanan ke Tanah Suci untuk memastikan masa pengambilan ubat dipatuhi.
Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?start=15#sigFreeId308596ce86
Isu pembelian makanan yang selamat sangat penting semasa di bulan Ramadan untuk mengelakkan penyakit bawaan air dan makanan. Hal ini kerana punca utama pencemaran makanan apabila seseorang individu makan makanan atau minuman yang tercemar.
Ini kerana sumber pencemaran masuk makanan melalui pengendalian makanan kurang bersih dan tidak selamat.
Hak dan kuasa memilih terletak pada tangan pengguna manakala peniaga pula bertanggungjawab mematuhi garis panduan KKM sebelum, semasa dan selepas mengendalikan makanan
Sumber: Portal KKM