Penyakit Alzheimer menyumbang kepada berlakunya demensia. Demensia merupakan penyakit kemerosotan fungsi kognitif yang mengganggu aktiviti harian.
Penyakit demensia menunjukkan beberapa gejala awal yang lazimnya melibatkan kemerosotan daya ingatan, kebolehan membuat keputusan dan sebagainya.
View the embedded image gallery online at:
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?limitstart=0#sigFreeIdf989f0477e
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?limitstart=0#sigFreeIdf989f0477e
Kanak-kanak yang obes cenderung untuk membesar menjadi dewasa yang obes.
Obesiti boleh menyumbang kepada kematian pramatang (premature death) semasa dewasa disebabkan penyakit-penyakit tidak berjangkit berkaitan obesiti seperti diabetes, hipertensi, hiperkolesterolemia dan penyakit kardiovaskular.
View the embedded image gallery online at:
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?limitstart=0#sigFreeIdd54dd43a1a
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?limitstart=0#sigFreeIdd54dd43a1a
Sekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan ini adalah perkara yang perlu anda elakkan.
Tanda-tanda yang ketara bahawa anda sedang gastrik adalah sendawa berulang kali, rasa senak berangin atau pedih, merasa mual dan rasa tidak selesa atau kembung.
Sekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan sila berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi menghindari daripada ia berlarutan hingga menjadi ulser dalam perut.
View the embedded image gallery online at:
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?limitstart=0#sigFreeId7ed0c79a42
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?limitstart=0#sigFreeId7ed0c79a42
1 000 hari pertama kehidupan penting untuk perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak yang sihat dan produktif.
Peringkat awal 1000 hari pertama kehidupan kanak-kanak bermula dengan terbentuknya janin dalam rahim seorang ibu dan pembesaran janin ini sehingga tempoh matang mengambil masa selama 270 hari (9 bulan) kehamilan. Dalam tempoh ini, pengambilan makanan yang berkhasiat, pemantauan peningkatan berat badan berkala, serta pemeriksaan kesihatan yang lengkap menjadi kunci penting untuk si ibu kekal sihat sepanjang kehamilan. Inilah permulaan awal terbaik kehidupan seorang anak, iaitu di dalam kandungan ibunya lagi.
Pada usia antara 1 tahun hingga 2 tahun kehidupan kanak-kanak, ini menjadi tempoh kritikal untuk amalan pemakanan seimbang, aktiviti fizikal, penjagaan kesihatan, pemantauan status tumbesaran dan pergigian. Pengabaian penjagaan di bawah 1000 hari pertama kehidupan kanak-kanak ini antara penyebab meningkatnya risiko kanak-kanak dengan masalah pertumbuhan seperti susut dan bantut.
Justeru itu, teruskan untuk beri perhatian kepada 1000 Hari Pertama Kehidupan Kanak-kanak, ia merupakan kunci utama melahirkan generasi Malaysia yang lebih sihat.
View the embedded image gallery online at:
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?limitstart=0#sigFreeIdef6cc11a52
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?limitstart=0#sigFreeIdef6cc11a52
Masalah pendengaran atau kehilangan pendengaran ialah keadaan kesihatan yang menyebabkan anda kehilangan keupayaan mendengar bunyi dengan baik.
Jika anda menggunakan peralatan yang mengeluarkan bunyi yang kuat, pakailah pelindung telinga. Semakin lama dan semakin kuat bunyi yang anda dengar, semakin rosak pendengaran anda
Pelihara pendengaran anda dan ahli keluarga. Pastikan anda mendengar dengan selamat
View the embedded image gallery online at:
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?limitstart=0#sigFreeIdebb30e7622
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?limitstart=0#sigFreeIdebb30e7622