Cukup setahun kita bergelumang dalam pandemik, begitu banyak pengorbanan masyarakat dalam memastikan SOP dipatuhi.
Paling perit adalah terpaksa berjauhan dengan insan tersayang. Ada yang sudah berbulan tidak pulang ke kampung halaman, ada yang tidak dapat bersama semasa tempoh sukar seperti kematian dan kesakitan.
Peluang kita untuk bebas dari cengkaman pandemik ini adalah dengan memastikan sekurang kurangnya 80% masyarakat mempunyai ketahanan terhadap virus maut ini dengan menerima vaksin.
Paling penting, vaksin yang bakal diterima telah terbukti berkesan dan selamat.
Kebimbangan dan kerisauan pasti ada, tiada siapa yang kata ia misi yang mudah. Semoga peluang ini tidak di sia siakan dan urusan program imunisasi ini dipermudahkan 🤲🏻
 
Sumber; Public Health Malaysia
Musim Hujan telah tiba, pastikan kita mengambil langkah langkah keselamatan untuk elakkan penyakit semasa banjir. Kita juga perlu memastikan bahawa amalan kehidupan mengikut norma baharu diteruskan selagi wujud ancaman wabak COVID-19 ini. Risiko jangkitan COVID-19 lebih tinggi apabila seseorang batuk, bersin atau bercakap dalam jarak dekat. Jarak fizikal lebih dari 1 meter boleh mengurangkan jangkitan COVID-19 dan setiap meter tambahan jarak boleh menggandakan perlindungan. Pakai pelitup muka dengan sempurna dapat mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.Selain itu, komuniti perlu megelakkan bersalaman atau bersentuhan dengan sesiapa saja serta perlu mendapatkan rawatan segera jika bergejala.
 
Sumber : Jabatan Kesihatan Pahang
 
 

Berikut merupakan tip penjagaan kesejahteraan kesihatan mental semasa pandemik COVID-19.

- Jaga kata-kata dan pertuturan

- Kekalkan hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan

- Jaga keperluan asas diri

- Elakkan dari melakukan aktiviti tidak sihat

- Lakukan aktiviti bermanfaat apabila berada di rumah

- Lakukan senaman dan kekal aktif

- Kongsi perasaan anda dengan orang yang anda percayai

- Jangan asingkan diri ... kita boleh laluinya bersama.

#COVID19

#KitaTeguhKitaMenang

#sihatmilikku

#walkthetalk

Antara langkah membendung penularan virus COVID-19 dalam kalangan masyarakat ialah melalui vaksin. Ketahui bagaimana cara vaksin berfungsi di dalam tubuh manusia melalui infigrafik berikut.

#NormaBaharu #KKMM #KitaTeguhKitaMenang

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth