Sumber : Majlis Keselamatan Negara
Seperti yang kita semua tahu, peningkatan kes Covid-19 yang telah melanda negara kita menyebabkan ramai dalam kalangan kita berasa riau dan bimbang. Namun, kebimbangan melampau dan mencetuskan rasa panik tidak membantu malahan boleh menyebabkan seseorang individu yang sihat akan menjadi sakit.
Keadaan ini kerana tekanan atau stress akan menyebabkan pengeluaran 'catecholamines' seperti 'epinephrine' dan 'norepinephrine' ke dalam darah. Bahan-bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan seseorang lebih muda dijangkiti oleh pelbagai penyakit. Jadi dinasihatkan supaya anda yang berada di rumah untuk sentiasa bertenang, buat sesuatu yang disukai dan sentiasa membasuh tangan dengan sabun.