Terdapat 5 langkah untuk memilih makanan secara bijak dan teratur sempena sambutan perayaan :
1. Rancang perjalanan dan kuantiti rumah yang akan dikunjungi.
2. Memilih makanan yang mempunyai kalori yang rendah. Contohnya menghadkan pengambilan makanan yang manis seperti wajik, dodol, kek, biskut dan kuih-muih raya yang lain.
3. Ambil makanan dalam kuantiti yang kecil seperti menggunakan pinggan yang bersaiz kecil bertujuan mengelakkan pengambilan makanan yang berlebihan.
4. Mengelakkan pengambilan makanan secara berulang-ulang. Pengambilan makanan yang banyak dan berulang-ulang akan menyebabkan berlakunya pembaziran.
5. Memilih meminum air kosong sebagai minuman utama berbanding air berkarbonat. Kita boleh membawa sendiri air kosong sekiranya segan untuk meminta dengan tuan rumah.
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat dinantikan oleh warga Malaysia khususnya yang bergama Islam. Sepanjang bulan ini, pelbagai ibadah dapat dijalankan dengan lebih tekun bagi mereka yang beragama Islam. Namun, dalam menjalani ibadah puasa, jangan abaikan kesihatan fizikal. Berikut merupakan beberapa tips yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk golongan yang berpuasa sepanjang bulan Ramadhan.
Sumber : Portal MyHealth Kementerian Kesihatan
{gallery}tipskekalsihatramadhan{//gallery}
Tips ini boleh membantu kita untuk menjaga kesihatan diri. Ibarat kata pepatah, "Mencegah lebih baik dari merawat."