Produk pelangsing merupakan antara produk yang paling banyak penipuan berlaku.
Lebih membimbangkan, ianya juga boleh memberi kesan kepada kesihatan pengguna.
Bagi produk teh/kopi/ minuman atau capsul, banyak produk yang ditemui dicampurpalsu dengan bahan aktif yang disembunyikan.
Selain itu, 3 produk yang berasaskan bengkung, sabun dan krim juga tidak terbukti mampu memberi kesan positif untuk mengurangkan berat badan.
Adakah anda masih tertipu dengan perakuan palsu produk pelangsingan?
Sumber : Facebook Public Health Malaysia
Panas. Malam pun panas. Cuaca sehari dua ni lain macam panasnya. Mandi malam pun airnya suam panas. Tekak pula rasa kering dan haus. Anda hadapi apa yang kami rasai? Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi menyatakan, Malaysia sedang mengalami cuaca panas untuk beberapa hari ini. Suhu boleh mencecah 36 darjah Celsius di sesetengah negeri. Pastikan anda mengambil langkah pencegahan yang mencukupi. Banyakkan minum air, kurangkan aktiviti luar jika cuaca terlalu panas. Di sini kami senaraikan perbezaan keletihan haba dan strok haba. Strok haba boleh berlaku jika anda mengalami keletihan haba pada waktu yang panjang. Jika anda mengalami gejala keletihan haba, pastikan anda mencegahnya daripada menjadi strok haba dengan mengamalkan seperti yang tertera di dalam infografik ini. Simpan infografik ini atau share di profile anda. Jika kawan anda pengsan di waktu kepanasan ini, senang nak rujuk jika diperlukan nanti. Semoga membantu.
Kes keracunan puding buih telah menyebabkan SATU kematian wanita yang muda yang berusia 25 tahun. 99 mangsa dari 20 keluarga lain turut dikesan mengalami gejala keracunan.
Punca keracunan adalah penggunaan telur tamat tempoh. Sebagai pengguna dan pengusaha, sila ambil perhatian kepada tanda tanda telur yang telah rosak.
Jangan ambil mudah, telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, muntah sakit perut dan juga boleh menyebabkan kematian.
Selagi ada rasa ragu ragu, jangan guna dan makan telur tersebut.
Bukan tak boleh ambil garam dalam pemakanan. Tapi berpada-padalah menggunakannya dalam makanan kita seharian. Secara purata, 71% sumber garam digunakan dalam makanan terproses atau makanan yang dimasak di kedai. Garam berlebihan dalam badan boleh memberikan komplikasi kepada jantung dan juga tekanan darah kita.
Ingat, #sedaptaksemestinyamasin.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia