Pada 13 Oktober 2019, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan Malaysia merasmikan Karnival Koi Nak Sihat - Lain Weh 2019 Kuala Lipis. Turut hadir sama YH Dato' Indera Dr Shaari Ngadiman, Pengarah Jabatan Negeri Pahang.

Program ini merupakan kolaborasi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang bersama pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan, agensi swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat.

Matlamat utama karnival ini adalah untuk memperkasa masyarakat ke arah amalan cara hidup sihat melalui peningkatan pengetahuan tentang kepentingan amalan cara hidup sihat serta membina kemahiran kesihatan.

Karnival ini adalah program outreach yang dirangka khas untuk komuniti dengan matlamat menyampaikan mesej-mesej dan kemahiran berkaitan cara hidup sihat terus kepada kumpulan sasar.

Sementara itu, melalui hasil tinjauan Karnival Koi Nak Sihat yang telah dijalankan 3 kali karnival sepanjang tahun ini, menunjukkan penerimaan yang positif daripada pengunjung. Sebanyak 99.1% responden menyatakan karnival ini bermanfaat kepada mereka manakala 98.7% menyatakan karnival ini perlu diteruskan. Sumber media yang menjadi rujukan untuk responden mendapat maklumat berkaitan karnival antaranya adalah aplikasi  whatsapp (56.0%), rakan-rakan (45.0%), bunting / banner (38.8%) serta fbjknp (37.0%).

Dengan terlaksana karnival ini, maka kesan jangka panjang akan dapat membantu menurunkan prevelan penyakit-penyakit semasa. Rakyat perlu diperkasakan supaya dapat mengambil tindakan yang positif dalam mengurangkan faktor risiko penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCD) dan mencegah penyakit-penyakit berjangkit (CDC).

Terapi Ceragem berasal daripada Korea. Ceragem ialah nama syarikat peralatan perubatan yang ditubuhkan pada tahun 1998. Ia adalah syarikat pertama yang menghasilkan alat urut termal automatik di dunia.

Syarikat Ceragem juga menghasilkan mesin pemantau glukosa darah, alat penjagaan kulit, produk kosmetik dan produk kesihatan yang lain. Ceragem mempunyai 3000 buah pusat atau kedai di 70 negara di seluruh dunia. Sebagai sebuah syarikat, Ceragem telah mempunyai beberapa pengiktirafan untuk reka bentuk, pembangunan, pengeluaran, dan pengedaran alat ‘acupressure’ termal dan pengurut termo.

Baru-baru ini Pihak Ceragem Cawangan Gua Musang telah memenuhi jemputan sempena Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan bersama PI RTP Sungai Ular. Beberapa orang komuniti yang hadir sempena Program tersebut telah menggunakan perkhidmatan yang disediakan secara percuma.

Komuniti yang ingin mendapatkan rawatan secara percuma boleh terus terus berkunjung ke Ceragem Gua Musang Center PT8335, Tingkat 1, Jalan Persiara Raya, Taman Wangsa Mewangi, 18300 Gua Musang, Kelantan Darul Naim atau boleh hubungi talian 09-912 4919 / 0199561613 ( Cik Faezah) untuk sebarang pertanyaan.

Tekanan Darah (Hypertension)

Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.
Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut. Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.
7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi
Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:
1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.
2.Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
3.Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
4.Jangan merokok : Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
5.Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
6. Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
- Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
-Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
- Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
- Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
- Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
- Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
7.Jangan leka : Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.
 
Komuniti juga boleh mendapatkan khidmat pemeriksaan tekanan darah tinggi di Pusat Internet secara percuma.
 
Sumber :www.kevinzahri.com
www.drhidayat.com
 

Terdapat 5 langkah untuk memilih makanan secara bijak dan teratur sempena sambutan perayaan :

1. Rancang perjalanan dan kuantiti rumah yang akan dikunjungi.

2. Memilih makanan yang mempunyai kalori yang rendah. Contohnya menghadkan pengambilan makanan yang manis seperti wajik, dodol, kek, biskut dan kuih-muih raya yang lain.

3. Ambil makanan dalam kuantiti yang kecil seperti menggunakan pinggan yang bersaiz kecil bertujuan mengelakkan pengambilan makanan yang berlebihan.

4. Mengelakkan pengambilan makanan secara berulang-ulang. Pengambilan makanan yang banyak dan berulang-ulang akan menyebabkan berlakunya pembaziran.

5. Memilih meminum air kosong sebagai minuman utama berbanding air berkarbonat. Kita boleh membawa sendiri air kosong sekiranya segan untuk meminta dengan tuan rumah.