Pada 13 Oktober 2019, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan Malaysia merasmikan Karnival Koi Nak Sihat - Lain Weh 2019 Kuala Lipis. Turut hadir sama YH Dato' Indera Dr Shaari Ngadiman, Pengarah Jabatan Negeri Pahang.
Program ini merupakan kolaborasi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang bersama pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan, agensi swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat.
Matlamat utama karnival ini adalah untuk memperkasa masyarakat ke arah amalan cara hidup sihat melalui peningkatan pengetahuan tentang kepentingan amalan cara hidup sihat serta membina kemahiran kesihatan.
Karnival ini adalah program outreach yang dirangka khas untuk komuniti dengan matlamat menyampaikan mesej-mesej dan kemahiran berkaitan cara hidup sihat terus kepada kumpulan sasar.
Sementara itu, melalui hasil tinjauan Karnival Koi Nak Sihat yang telah dijalankan 3 kali karnival sepanjang tahun ini, menunjukkan penerimaan yang positif daripada pengunjung. Sebanyak 99.1% responden menyatakan karnival ini bermanfaat kepada mereka manakala 98.7% menyatakan karnival ini perlu diteruskan. Sumber media yang menjadi rujukan untuk responden mendapat maklumat berkaitan karnival antaranya adalah aplikasi whatsapp (56.0%), rakan-rakan (45.0%), bunting / banner (38.8%) serta fbjknp (37.0%).
Dengan terlaksana karnival ini, maka kesan jangka panjang akan dapat membantu menurunkan prevelan penyakit-penyakit semasa. Rakyat perlu diperkasakan supaya dapat mengambil tindakan yang positif dalam mengurangkan faktor risiko penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCD) dan mencegah penyakit-penyakit berjangkit (CDC).
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan/807-karnival-kesihatan-kuala-lipis#sigFreeIdf335be0732