100% penduduk di RTP Sg Ular mendapat bekalan elektrik dari TNB serta bekalan air bersih dari Jabatan Air Pahang sejak lebih 20 tahun. Selain itu, setiap rumah di RTP Sg Ular turut diberi pilihan untuk memiliki talian tetap telefon dari Telekom Malaysia.

 Berikut disenaraikan kemudahan-kemudahan asas lain yang terdapat di RTP Sg Ular:

 

       

 

 

 

PERKHIDMATAN BAS

Perkhidmatan Bas Jengka Liner ini telah beroperasi pada Januari 2017 selepas perkhidmatan Bas Mara Liner ditamatkan. Perkhidmatan ini bagi memberi kemudahan kepada penduduk setempat untuk pergi ke Bandar Kuala Lipis dan juga persekitarannya. Perjalanan Bas Liner bermula dari Felda Sungai Koyan Ke Bandar Kuala Lipis setiap jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. 

 

PERPUSTAKAAN AWAM

Perkhidmatan ini juga tidak terdapat di Kampung RTP Sungai Ular. Ianya hanya terdapat di kampung sebelah, iaitu di Kampung Bukit Betong dan juga Perpustakaan Awam Kuala Lipis sahaja.

 

PUSAT KEBAJIKAN

Pusat Kebajikan Masyarakat (JKMM) telah  ditubuhkan dalam tahun 1946. Di dalam jangkamasa 57 tahun, JKMM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara. Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi Jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat. Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, ia telah di tempatkan di bawah beberapa Kementerian:

1946 - 1951 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaya 

1952 - 1955 Kementerian Perusahaan dan Perhubungan Sosial 

1956 - 1957 Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat 

1958 - 1959 Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat 

1960 - 1962 Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat 

1963 Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat 

1964 Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dipertingkatkan kepada Kementerian Kebajikan Am. Skop perkhidmatan diperluaskan dan struktur organisasi dimantapkan. 

1982 Kementerian Kebajikan Am ditukarkan nama kepada Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia. Perkhidmatan pembangunan sosial diperkukuhkan dengan pengwujudan perkhidmatan perkembangan sosial. 

1990 Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia ditukarkan kepada Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat mulai 27 Oktober. Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan salah satu Jabatan di bawah Kementerian tersebut. Kini JKMM adalah salah satu jabatan kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan masyarakat maju selaras dengan Wawasan 2020. 

2004 Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah digabungkan dengan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dengan nama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan salah satu Jabatan di bawah Kementerian tersebut.

OBJEKTIF

  • Objektif Penubuhan :
  • - Memberi perlindungan pemulihan dan kepada kumpulan sasar Jabatan..
  • - Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.
  • - Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang.
  • - Meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik.

Perkhidmatan yang diberikan adalah kepada golongan Kanak-kanak, Warga Emas, Orang Kurang Upaya, Bantuan Bencana, Orang Papa, Keluarga dan Komuniti. Antara perkhidmatan lain yang di sediakan adalah Unit Khidmat Penyayang dan Unit Kaunseling dan Psikologi.

Pusat Kebajikan Daerah Kuala Lipis terletak seperti alamat yang tertera di bawah :

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis

No. 36, Tingkat Bawah,

Bangunan Koperasi Guru Pahang Barat,

Kompleks Lipis Inn,

27200 Kuala Lipis,

Pahang Darul Makmur.

Tel : 09-3121280

Faks : 09-3121836