Apa pilihan dan tindakan anda sekiranya anak anda lebih gemar makan snek?
Pengambilan snek yang tidak dikawal ini boleh menjejaskan selera makan anak anda dan membuatkan mereka melangkau pengambilan makanan utama.Ini juga akan menjadi antara penyebab berlebihan berat badan, obesiti dan penyakit yang berkaitannya.
Jadi ikuti sedikit tip ini agar anda dapat membantu si manja untuk kekal sihat dan kuat, juga membesar dengan ceria.
 
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
 
Makanan terproses seperti sosej, daging burger dan lain-lain mempunyai bahaya yang tersembunyi kerana mengandungi garam, lemak tepu dan pengawet yang tinggi. Ini boleh meningkatkan paras kolesterol jahat dan meningkatkan risiko obesiti dan penyakit kronik.
Pilihlah makanan segar dan kurangkan makanan terproses. Ambillah pemakanan mengikut konsep suku suku separuh. Jangan lupa untuk mengambil 6-8 gelas air kosong sehari. Bersama kita membina #keluargamalaysia sihat sejahtera sepanjang hayat.

Ramai yang mudah mengalami serangan keresahan. Tidak ramai tahu cara mengatasinya. Dibiarkan lama-lama mungkin akan menyebabkan anda menjadi stress dan kemurungan. Kami senaraikan beberapa tips untuk mencegah serangan kerisauan. Jika semakin teruk, dapatkan bantuan dan berjumpa dengan doktor.

Sumber: Public Health Malaysia