Makanan terproses seperti sosej, daging burger dan lain-lain mempunyai bahaya yang tersembunyi kerana mengandungi garam, lemak tepu dan pengawet yang tinggi. Ini boleh meningkatkan paras kolesterol jahat dan meningkatkan risiko obesiti dan penyakit kronik.
Pilihlah makanan segar dan kurangkan makanan terproses. Ambillah pemakanan mengikut konsep suku suku separuh. Jangan lupa untuk mengambil 6-8 gelas air kosong sehari. Bersama kita membina #keluargamalaysia sihat sejahtera sepanjang hayat.