Sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas.

Sebagai penyakit genetik, talasemia diturunkan kepada anak daripada kedua-dua ibu bapa yang membawa gen talasemia.

  • Dikongsikan perbezaan di antara pembawa dan pesakit talasemia.
  • Lakukan ujian saringan penyakit talasemia sama ada di klinik kesihatan kerajaan atau fasiliti penjagaan kesihatan swasta tertentu.

Perkahwinan antara pembawa dengan pembawa atau pembawa dengan pesakit akan meninggikan risiko memperoleh zuriat dengan penyakit Talasemia.

Yoshinori Ohsumi, seorang ahli sains Jepun, dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan untuk penemuannya tentang bagaimana sel tubuh mengalami proses kitar semula yang dikenali sebagai AUTOPHAGY iaitu, istilah Yunani untuk "Makan Dengan Sendiri”.Autophagy adalah satu proses penting dimana ia dirangsang apabila tubuh badan berada dalam keadaan LAPAR. Contohnya apabila tubuh sedang berpuasa untuk tempoh 8-10 jam.

Apabila sedang berpuasa, proses Autophagy akan memecahkan protein dan komponen yang telah rosak dan menggunakannya semula untuk menghasilkan tenaga. Bukan itu sahaja,sel sel lapar ini akan memusnahkan virus dan bakteria dalam tubuh dan menggunakannya untuk kitar semula.

Proses ini dikatakan sangat PENTING untuk

✅ Mencegah pembentukan sel kanser
✅ Mencegah penyakit berjangkit
✅ Mencegah. penyakit imunologi
✅ Mengurangkan risiko gangguan neurodegeneratif seperti nyanyuk dan parkinson.

Gangguan autophagy juga dianggap memainkan peranan dalam penuaan. Proses penuaan dapat diperlahankan dan sel sel baru yang sihat dan kuat dapat dihasilkan jika proses autophagy ini dapat diaktif. Tubuh badan manusia mempunyai fungsi yang cukup unik untuk memperbaiki kerosakan. Manfaatkan fungsi ini dengan mengamalkan puasa pada bulan ramadhan dan berbuka puasa dengan sederhana dan jangan merokok.

1. Vaksin ni vaksin tambahan. Vaksin ini tak termasuk dalam vaksin yang diberikan PERCUMA kat anak macam kat klinik kesihatan tu. Kiranya ni bukan vaksin yang kita inject anak bulan-bulan kat klinik kesihatan (KK).

2. Vaksin ni bukan budak-budak sahaja boleh ambil tapi orang dewasa pun boleh terutama yang ada masalah diabetis, paru-paru, jantung, hati atau masalah buah pinggang kronik.

3. Untuk vaksin baby. Ada dua jenis Vaksin Pneumococcall : Synflorix & Previnar 13

(Pastikan doktor swasta terangkan yang kita ambil ni yang mana 1)

4. Untuk apa vaksin ni?

Tujuannya cegah kuman penyakit pneumococcal yang tersebar dari batuk, bersin atau sentuhan cairan (kadang² sentuh tangan berpeluh ke apa) yang boleh menyebabkan :

-Meningitis (infection kat otak & tulang belakang)
-Bacteremia (infection dlm darah)
-Pneumonia (infection paru2)
-Oitis media (infection telinga)

Bayangkan anda perlu menaiki bas dengan perjalanan melebihi 5 jam, tetapi penumpang keluar masuk ke Smoking Room membawa bau kepam asap rokok.
Zaman merokok dalam bas mini dan bas ekspress sudah lama berlalu. Itu semua cerita zaman 80 an dan awal 90.
Perkhidmatan Bas Ekspres Alibaba dipromosikan sebagai bas dengan bilik merokok khas. Perkara ini jelas melanggar peraturan PPKHT 2004 yang telah mewartakan kenderaan awam sebagai tempat larangan merokok.