Kempen derma darah ini telah diadakan sempena Program Komuniti dan Keusahawanan ICT yang dianjurkan oleh Pi1M RTP Sungai Ular pada 08 Mac 2018.

Kemusnahan fizikal yang biasanya mengiringi banjir besar sangat buruk. Apabila air bah surut, ia boleh memberikan ancaman yang lebih besar terhadap kesihatan dan keselamatan diri. Tidak ketinggalan kesan tekanan mental di kalangan mangsa-mangsa yang mengalami kerosakan kediaman, harta benda, ternakan, tanaman mahupun kehilangan orang tersayang.
Rasa tidak bermaya, kurang tidur, resah gelisah, marah, hiperaktif dan sedikit murung adalah sesuatu yang normal dan akan berlalu pergi bersama masa.
Bagaimanapun, jika simptom-simptom berlarutan selepas beberapa minggu tragedi berlaku, perlulah mendapatkan pemeriksaan lanjut dan kaunseling. Pada musim banjir – baik semasa dan selepasnya, penyakit-penyakit berjangkit bawaan air seperti demam kepialu dan taun, selalunya mudah merebak jika langkah-langkah yang sewajarnya tidak diambil.

Gejala Penyakit

Gejala-gejala penyakit bawaan air selalunya hampir sama di antara satu sama lain seperti loya, muntah, cirit-birit, perut meragam, sakit otot-otot dan demam. Sekiranya gejala-gejala berkenaan serius dan berlarutan, mangsa hendaklah segera dibawa berjumpa doktor. Ini kerana, air bah akan menyebabkan bahan-bahan beracun ini naik ke permukaan dan memberikan kesan negatif kepada manusia.

Bagi mereka yang diarahkan berpindah diminta mematuhinya dan tidak terlalu mengikutkan perasaan tetapi lebih mengutamakan keselamatan nyawa mereka. Suasana yang sejuk menyebabkan seseorang lebih mudah terkena jangkitan. Berhati-hati apabila kembali semula ke kediaman selepas banjir kerana mungkin terdapat ancaman bahan kimia berbahaya, caj elektrik dan kebocoran gas.

Kesan tinggalan kulat selepas hujan juga boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit-penyakit berkaitan paru-paru dan pernafasan, dan boleh memburukkan lagi keadaan pesakit tersebut yang sedia ada. 

Demam Kepialu

Ia disebabkan oleh kuman Salmonella Typhi yang terdapat di dalam air kencing dan najis pesakit kepialu dan pembawanya yang akan mencemarkan bekalan air atau makanan. Pembawa merujuk kepada seseorang yang mempunyai kuman-kuman kepialu di dalam badannya tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda demam kepialu.

Pesakit akan mengalami sakit kepala yang amat sangat, perut meragam dan sakit, sembelit diikuti cirit-birit, demam tinggi dan berterusan tiga, empat minggu, badan ditumbuhi ruam, mengantuk, cakap merapu dan mungkin tidak sedarkan diri. Mereka boleh mengalami pendarahan dan bahagian yang dijangkiti di dalam ususnya boleh pecah.

Sumber Maklumat: Mingguan Malaysia

Pada 16 September 2017, beberapa orang petugas daripada Klinik Kesihatan Bukit Betong telah membuat memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada komuniti RTP Sungai Ular sempena Program Sehari Bersama Komuniti yang telah dianjurkan oleh pihak JKKK RTP Sungai Ular dengan kerjasama Pi1M RTP Sungai Ular. Pemeriksaan yang dilakukan adalah tekanan darah dan juga gula dalam darah.

FB IMG 1505718698894