Tiada Pusat Kesihatan yang terdekat di RTP Sg Ular. Bagi mendapatkan sebarang rujukan berkenaan masalah kesihatan, Poliklinik Komuniti Bukit Betong merupakan pusat kesihatan terdekat dan terletak di Kg Bukit Betong kira-kira 7km dari RTP Sg Ular. Manakala Hospital Daerah Lipis pula terletak lebih kurang 27km dari RTP Sg Ular. Walaupun agak berjauhan dari kemudahan kesihatan, namun dengan jaringan jalan raya yang baik yang telah disediakan oleh Pihak Kerajaan memungkinkan sebarang kes kecemasan sempat diberi rawatan.

 

HOSPITAL DAERAH LIPIS

 

KLINIK KESIHATAN BUKIT BETONG

ALAMAT : Klinik Kesihatan Bukit Betong, Bukit Betong, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

NO. TEL   : 09-3291212

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

1) Rawatan Pesakit Luar

2) Rawatan Ibu dan Anak

3) Perkhidmatan bersalin (bagi ibu-ibu yang tiada penyakit berisiko)

 

KLINIK BERGERAK 1MALAYSIA

Atas kesedaran kerajaan sendiri untuk memastikan tahap kesihatan yang baik kepada penduduk, maka kerajaan telah menyediakan kemudahan Klinik Bergerak 1Malaysia seperti kemudahan klinik pergigian dan klinik pesakit luar yang beroperasi pada setiap hari Isnin bermula jam 2 petang sehingga 5 petang di dataran Masjid RTP Sungai Ular, iaitu bersebelahan dengan Pi1M RTP Sg. Ular.

 

DASHBOARD IHEALTH

~ MyHealth adalah satu aplikasi kesihatan yang boleh digunakan di PI1M.

~ Aplikasi ini dihubungkan dengan peralatan yang disediakan di setiap PI1M iaitu:

~ Mini iPad – Dipasangkan aplikasi i-Health yang digunakan untuk mengawal Peranti i-Health.

~ Peranti PemantauanTekanan Darah i-Health Tanpa Wayar – pemantauan tekanan darah dengan ciri-ciri automatic untuk kegunaan mudah.

~ Keputusan daripada pemeriksaan kesihatan akan direkod ke pelayan i-Health.

~ Pengguna boleh melihat keputusan pada halaman Website Dashboard MyHealth atau di atasDashboard Mobile App.

  

AKTIVITI PEMERIKSAAN KESIHATAN MYHEALTH

KLINIK PERGIGIAN BERGERAK 1MALAYSIA