Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil
Semasa banjir, sentiasa patuhi arahan daripada Pihak Berkuasa :
- 1. Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarahkan.
- 2. Jangan biarkan kanak-kanak bermain air banjir.
- 3.Tutup semua suis utama elektrik, injap utama bekalan air dan gas sebelum meninggalkan rumah.
- 4. Sentiasa menjaga keselamatan warga tua, kanak-kanak dan ibu hamil.
Jagalah kesihatan :
- 1. Pastikan air yang diminum bersih dan dimasak sempurna atau mimum air yang dibotolkan.
- 2. Sentiasa makan makanan yang dimasak dan masih panas. Jika makan buah, kupas kulit dan elakkan makan makanan mentah.
- 3. Jaga kebersihan diri dan persekitaran; sentiasa basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih, gunakan tandas yang sempurna dan buang sampah di tempat yang betul.
- 4. Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan sebagainya.
- 5. Patuhi nasihat yang diberikan oleh Anggota Kesihatan.