Cukup setahun kita bergelumang dalam pandemik, begitu banyak pengorbanan masyarakat dalam memastikan SOP dipatuhi.
Paling perit adalah terpaksa berjauhan dengan insan tersayang. Ada yang sudah berbulan tidak pulang ke kampung halaman, ada yang tidak dapat bersama semasa tempoh sukar seperti kematian dan kesakitan.
Peluang kita untuk bebas dari cengkaman pandemik ini adalah dengan memastikan sekurang kurangnya 80% masyarakat mempunyai ketahanan terhadap virus maut ini dengan menerima vaksin.
Paling penting, vaksin yang bakal diterima telah terbukti berkesan dan selamat.
Kebimbangan dan kerisauan pasti ada, tiada siapa yang kata ia misi yang mudah. Semoga peluang ini tidak di sia siakan dan urusan program imunisasi ini dipermudahkan 🤲🏻
 
Sumber; Public Health Malaysia