Musim Hujan telah tiba, pastikan kita mengambil langkah langkah keselamatan untuk elakkan penyakit semasa banjir. Kita juga perlu memastikan bahawa amalan kehidupan mengikut norma baharu diteruskan selagi wujud ancaman wabak COVID-19 ini. Risiko jangkitan COVID-19 lebih tinggi apabila seseorang batuk, bersin atau bercakap dalam jarak dekat. Jarak fizikal lebih dari 1 meter boleh mengurangkan jangkitan COVID-19 dan setiap meter tambahan jarak boleh menggandakan perlindungan. Pakai pelitup muka dengan sempurna dapat mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.Selain itu, komuniti perlu megelakkan bersalaman atau bersentuhan dengan sesiapa saja serta perlu mendapatkan rawatan segera jika bergejala.
Sumber : Jabatan Kesihatan Pahang