1 000 hari pertama kehidupan penting untuk perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak yang sihat dan produktif.
Peringkat awal 1000 hari pertama kehidupan kanak-kanak bermula dengan terbentuknya janin dalam rahim seorang ibu dan pembesaran janin ini sehingga tempoh matang mengambil masa selama 270 hari (9 bulan) kehamilan. Dalam tempoh ini, pengambilan makanan yang berkhasiat, pemantauan peningkatan berat badan berkala, serta pemeriksaan kesihatan yang lengkap menjadi kunci penting untuk si ibu kekal sihat sepanjang kehamilan. Inilah permulaan awal terbaik kehidupan seorang anak, iaitu di dalam kandungan ibunya lagi.
Pada usia antara 1 tahun hingga 2 tahun kehidupan kanak-kanak, ini menjadi tempoh kritikal untuk amalan pemakanan seimbang, aktiviti fizikal, penjagaan kesihatan, pemantauan status tumbesaran dan pergigian. Pengabaian penjagaan di bawah 1000 hari pertama kehidupan kanak-kanak ini antara penyebab meningkatnya risiko kanak-kanak dengan masalah pertumbuhan seperti susut dan bantut.
Justeru itu, teruskan untuk beri perhatian kepada 1000 Hari Pertama Kehidupan Kanak-kanak, ia merupakan kunci utama melahirkan generasi Malaysia yang lebih sihat.
View the embedded image gallery online at:
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan/2143-1000-hari-pertama-kehidupan#sigFreeIdef6cc11a52
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan/2143-1000-hari-pertama-kehidupan#sigFreeIdef6cc11a52